Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Debaran Pertandingan Akhir Pidato 1Malaysia

By 31 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Muhammad Rizal Redzuan

 

SUNGAI PETANI, 30 Jul (Malaysiaaktif) — Semalam berlangsung Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 Peringkat Separuh Akhir di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok.

Peringkat ini menyaksikan 15 peserta dari seluruh negara mewakili negeri masing-masing bertarung bagi merebut lima tempat ke Pertandingan Akhir hari ini.

Seramai kira-kira 500 orang hadir bersama ketua-ketua jabatan daerah, pemimpin masyarakat dan guru-guru serta pelajar bagi menyaksikan pertandingan ini.

Lima wakil dari lima negeri diumumkan layak ke akhir.

Mereka yang layak ke Pertandingan Akhir Pidato 1Malaysia ialah Mohd. Rafee Bin Mohamad dari
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan tajuk Perpaduan Perpaduan Teras Utama Dasar Negara, Siti Noor Mardiana Binti Shahrom dari Pulau Pinang dengan tajuk GST Pemangkin Ekonomi Negara, Kamarulhairi bin Komeng dari Johor, tajuknya
Perpaduan Teras Utama Dasar Negara.

Anis Hazirah binti Zakaria dari Terengganu dengan tajuk Perjanjian Trans Pasifik (TPPA) Langkah Menuju Negara Maju, dan peserta tuan rumah Kedah Mohammad Anas bin Roslan yang membawa tajuk Bajet Tahunan Persekutuan Berpaksikan Rakyat.

Kesemua mereka terlebih dahulu diraikan oleh kerajaan Negeri Kedah dalam satu majlis makan malam.

Kelima-lima peserta akan berentap untuk meraih gelaran Johan Pidato Kebangsaan 1Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok pagi ini.

Tinggalkan komen anda