Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Arca: BSVN Dinafikan Hak – Mahadzir Lokman

By 4 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Anwar Aizuddin Abdul Wahab

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Malaysiaaktif) –  Arca Puncak Purnama karya Seniman Negara Allahyarham Datuk Syed Ahmad Jamal yang telah dirobohkan pada Khamis lepas dilihat sebagai satu tragedi besar kepada penggiat dan peminat seni karya tanahair negara.

Persoalan timbul tetang bagaimana Kuala Lumpur hendak dikenali sebagai ‘Bandar Arca’ jikalau arca atau karya milik penggiat seni tanahair negara yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman Kampung Attap ini dirobohkan.

Menurut anak sulung allahyarham, Syed Nabil Jamal, “Pihak Dewan Badanraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah menghubungi saya selaku waris untuk membincangkan hal perobohan arca berkenaan”.

“Perkara ini sangat memberi kesan kepada keluarga dan waris.  Ini akan dibincangkan bersama dengan pihak peguam akan langkah-langkah seterusnya”, ujar beliau pada Sidang Media Perobohan Arca Puncak Purnama 1986 di Balai Seni Visual Negara, hari ini.

WhatsApp-Image-20160704 (6)

“Pihak Balai Seni Visual Negara telah dinafikan hak kerana tidak pernah dihubungi dan dimaklumkan akan hal perobohan arca Puncak Purnama ini oleh DBKL”, menurut Pengerusi Balai Seni Visual Negara, Datuk Mahadzir Lokman.

“Jika dihubungi awal, pihak Balai Seni Visual Negara pasti akan mencari jalan untuk menyelamatkan arca berkenaan dari dirobohkan”, tambahnya lagi.

Arca Puncak Purnama adalah karya yang membawa elemen cahaya di langit, udara dan air (tanah) memberi makna penyatuan. Seirama gerak gaya imbang menuju ke ufuk, seperti konsep mistikal Gunung Ledang.

Ianya perlu dilihat sebagai kekuatan kepada semangat manusia dengan cita-cita, lambang era sains dan teknologi, manusia menjejakkan kaki ke bulan.

Arca dibina menggunakan gelas seramik atau  “pyroceram glass” dibangunkan oleh NASA dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat dan Wisma Putra.

Pembangunan arca ini bertujuan bagi memperingati peristiwa manusia menjejakkan kaki ke bulan.

Karya ini telah ditugaskan dibina oleh United Malayan Banking Corporation Finance (UMBC) pada 1986 dan telah diserahkan kepada (DBKL) pada tahun yang sama.

Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal (1929-2011) adalah seorang pelukis tersohor dan pemenang anugerah Seniman Negara Malaysia 1995. Beliau merupakan antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan pernah memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari tahun 1983 hingga tahun 1991.

DK

Tinggalkan komen anda