Oleh : Mohamad Zairin, Jaitripta Kaur dan Siti Rasidah
SHAH ALAM, 29 Julai (Malaysiaaktif) – Satu kebakaran berlaku di Masjid Sultan Salahudin Abd Aziz Shah di sini pada kira-kira pukul 2.21 petang tadi selepas selesai solat Jumaat. Kebakaran dikesan di bahagian Bilik Kuliah masjid tersebut.
Ketua Balai Bomba Seksyen 15 Shah Alam, Mohamad Khairi Bin Daud memaklumkan media pada pukul 4.30 petang, “Tiada kecederaan yang dilaporkan dan punca kebakaran sedang dalam siasatan”.
Beliau menambah, “Jika ada unsur-unsur jenayah dalam siasatan kami, kami akan menyerahkan kepada pihak polis”.
Mohamad Khairi berkata, “Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.47 petang dengan bantuan seramai 18 anggota berserta dua unit jentera pemadam api dan satu unit penyelamat”.
“Kemungkinan awal punca kebakaran disebabkan oleh litar pintas”, ujar beliau.
DK