Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kes Samun Viral Maklumat Tidak Tepat – Chandra

By 27 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Zuraidah Ahmad & IPD KK (Sabah)

KOTA KINABALU, 27 Jul (Malaysiaktif) –? Polis Kota Kinabalu menjalankan siasatan berkaitan kes yang menjadi viral, kononnya dua  mangsa perempuan telah disamun dan dicederakan di sebuah apartmen di Univeristi Utama Condominium (UCC) dekat Telipok. Viral 2

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP M. Chandra, hasil siasatan mendapati kes tersebut adalah bukan kes samun.

“Kejadian berkenaan berpunca daripada masalah peribadi iaitu suspek dipercayai bekas teman lelaki mangsa.Viral 3

“Suspek dikenali oleh mangsa dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media menerusi aplikasi whatsapp, semalam.

Tambahnya, tiada barang yang hilang di tempat kejadian mahupun mangsa dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Chandra memohon orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak benar.

Beliau juga berkata, polis akan memanggil dan mengambil tindakan kepada yang menyebarkan fakta kes yang mengelirukan masyarakat.

SF

Tinggalkan komen anda