Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

SUKMA XVIII- 60 Perokok, Penghisap Vape Dikompaun

By 25 Julai 2016Tiada komen3 minit bacaan
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Saiful Rahman Sabri

KUCHING, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 60 saman telah dikeluarkan oleh pihak penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak lima hari pertama Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 yang berlangsung di Sarawak.

Menurut Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran KKM, Azman Abdullah pada mulanya pihak KKM memantau persekitaran kawasan sukan dan memberi amaran lisan dan memasang kain rentang berkenaan amaran supaya tidak merokok atau vape di kawasan sukan berlangsung.

“Di Stadium Perpaduan misalnya, kami telah menangkap lebih 30 pesalah, sementara di Stadium Akuatik ini 25 pesalah telah diberikan saman manakala di Stadium Batu Kawa, di lokasi sukan boling ada ditangkap lebih kurang tiga orang.

image

 

“Memang ada lagi mereka yang tidak mahu mematuhi peraturan sedia ada. Banyak kempen Bebas Asap Rokok dan Vape oleh KKM dijalankan menerusi kain rentang yang ada kita pasang di setiap lokasi sukan.

“Kempen ini penting untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya merokok atau vape itu sendiri selain dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran.

“Pada saya kebanyakan mereka yang disaman oleh sebab sikap sama dengan mereka yang merokok di lapangan terbang. Sikap tidak ambil peduli dan tidak mengambil berat akan kesalahan tersebut. Kita keluarkan saman kepada semua kategor termasuklah mereka yang di bawah umur 18 tahun turut disaman.

“Kompaun minimum dikenakan RM250, jika tidak diselesaikan selama sebulan akan dikenakan tindakan mahkamah.

“Untuk SUKMA kali ini sebanyak 25 penguat kuasa bertugas di semua lokasi sukan. Kami meminta jasa baik orang ramai untuk tidak merokok atau vape di kawasan sukan,” jelasnya.

image

 

Sementara itu seorang lagi Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran KKM, Abon Kip berkata pihaknya memberi amaran lisan kepada pesalah pada tiga hari pertama. Selepas hari keempat kami mula memberi kompaun.

“Kesan jika ingkar mereka ini akan dibawa ke mahkamah. Sebulan jika tidak diselesaikan kemudian sampai ke dua bulan perlu naik mahkamah. Kesalahan akan didenda RM10,000 atau dipenjara dua tahun.

“Peraturan 11 (1P), stadium kompleks sukan yang seharusnya kawasan bebas asap rokok dan vape di bawah peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.image

 

Bagi Guru Pendidikan Seni Visual, Ismail Haji Nyasar, 52 yang ditemui di hadapan Stadium Sarawak semalam, saya tidak nampak banyak kain rentang tentang amaran tidak boleh merokok. Namun, itu bukan persoalan kerana kompaun sewajarnya dikeluarkan supaya tidak mengganggu penonton yang hadir lagi-lagi kepada mereka yang yang tidak merokok. Kepada perokok hormatilah mereka yang tidak merokok.

“Kempen mungkin kurang namun sebagai individu kita perlu menghormati individu yang lain.. Kempen hanya sekadar kempen. Namun jati diri yang penting untuk hormat orang lain,” ujarnya.

image

 

Bagi perokok, Eddy Hadif, 30, pula menyedari adanya kehadiran penguat kuasa KKM dan tahu bahawa perokok tidak dibenarkan merokok dalam kawasan sukan.

“Kita tak dibenarkan merokok di dalam stadium sahaja namun jika di luar kawasan stadium, perokok atau mereka yang vape tidak sepatutnya disaman,” tambahnya.

 

Tinggalkan komen anda