Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Perasmian Separuh Akhir Pidato 1Malaysia Kebangsaan

By 30 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Muhammad Rizal Redzuan

SUNGAI PETANI 30 Jul (Malaysiaaktif) – Pertandingan Pidato 1Malaysia separuh akhir hari ini akan menyaksikan 15 peserta dari seluruh negara berentap untuk ke peringkat akhir. Lima peserta akan dipilih ke peringkat akhir untuk dijulang sebagai jaguh pemidato negara.

Mereka telah berkampung di sini sejak 27 Julai lagi bagi mengusai kaedah pidato TED Talk. TED Talk adalah kaedah pidato yang mengabungkan, Teknologi media, menghibur (entertaiment) dan senireka persembahan (design) bertaraf dunia.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik), Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab. Hamid, matlamat utama kita bukanlah mencari pemidato terbaik yang hanya pandai berkata-kata tetapi tujuan pidato ini ialah menyebarluaskan kandungan pidato itu sendiri sebagai sambutan simbolik kita dalam menzahirkan semangat patriotik kita kepada negara

20160730_091853

Perjalanan pidato ini telah melalui beberapa evolusi. Bila berlakunya perkembangan teknologi komunikasi masa kini, elemen-elemen baru seperti TED Talk dijadikan kaedah penyampaian pidato tahun ini, ujarnya lagi.

Katanya lagi, Patriotisme ini berdasarkan sejarah-sejarah keagungan pejuang-pejuang kebangsaan terdahulu, mereka menanamkan semangat dan nilai itu terlebih dahulu dalam diri mereka sebelum mereka membawanya kepada masyarakat.

Kata Sukari lagi, jika rakyat seluruhnya mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dalam diri, kita akan dapat mempertahankan kedaulatan negara menjadi sebuah negara yang maju, aman, makmur dan berdaulat.

Sukari juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok dan semua agensi yg terlibat dalam menjayakan Pertandingan Separuh Akhir, Pidato 1Malaysia Peringkat Kebangsaan.

Menurut salah seorang peserta, Mohamad Hafiz Hashim berkata apa yang penting dalam pertandingan ini bukanlah menjadi pemidato terhebat tetapi suara belia dapat didengari dalam menyampaikan hasrat dan mesej kerajaan dalam suasana santai.

Seorang penonton yang juga guru di MRSM, Azizah Abd Majid, acara seperti ini amat baik dalam memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap usaha – usaha kerajaan dalam memakmurkan negara. Selain itu juga ia dapat membuka minda pelajar aga tidak hanya fokus kepada pelajaran semata-mata.

20160730_091610

Pertandingan Pidato 1Malaysia ialah platform untuk menyampai dan menyebarkan maklumat dasar-dasar kerajaan khasnya Gagasan 1Malaysia, perpaduan, RMK 11, TPPA, dan isu semasa

Program ini adalah kesinambungan Program Pidato Kenegaraan yang pernah diadakan sebelum ini di mana penyertaan dibuka kepada semua kaum. Antara tujuannya ialah bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman dasar-dasar Negara khasnya Gagasan 1Malaysia, perpaduan, GST, subsidi dan isu semasa. Selain itu ia bertujuan mengukuhkan dan mengekalkan semangat perpaduan masyarakat dan memperkasakan penggunaan bahasa Kebangsaan.

Tema Pidato 1Malaysia peringkat kebangsaan ialah Sehati sejiwa.

Para peserta Pidato 1Malaysia 2016 (peringkat kebangsaan) di beri tajuk antaranya, Perjanjian Trans-Pasifik (TPPA) langkah menuju negara maju,
Bajet tahunan persekutuan berpaksikan rakyat, RMK 11, kearah kesejahteraan rakyat, GST pemangkin ekonomi negara dan Perpaduan teras utama dasar Negara.

Tinggalkan komen anda