Skip to main content
Berita TempatanSabah

OKU Diberi Peluang Tingkatkan Kemahiran Diri-Azizah

By 30 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Zuraidah Ahmad/ Jeffren Malaning & Johny George Kimlon (Sabah)

BEAUFORT, 29 Jul (Malaysiaktif) –? Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) terus diberi peluang bagi mempertingkat tahap kemahiran diri serta bakat melalui latihan dan motivasi di semua Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, penubuhan PDK amat bertepatan dan  wajar sebagai langkah proaktif bagi  memperkasa keupayaan golongan itu agar mampu berdikari seperti insan normal lain melalui penglibatan komuniti setempat.

“Golongan OKU seharusnya tidak dipinggirkan daripada pembangunan arus perdana negara kerana mereka juga mempunyai hak untuk menjalani kehidupan yang sempurna.

“Melalui PDK, pelbagai aktiviti dilaksanakan untuk memberi peluang dan ruang mengembang dan meningkatkan tahap kendiri serta bakat yang ada dalam diri mereka,” ujarnya.Perasmian PDK Beaufort 6

Tambahnya, selain latihan fizikal dan motivasi, para pelatih PDK turut diberi pendedahan menerusi latihan beberapa aktiviti yang boleh menjana ekonomi mereka.

Azizah juga menjelaskan pusat itu akan ditambah jumlahnya selaras peningkatan keperluan semasa.

Katanya, Sabah kini mempunyai sebanyak 36 pusat PDK yang melibatkan 2,248 pelatih OKU, sementara tiga lagi PDK akan dibina di Tanjung Aru Kota Kinabalu, di Apin-Apin Keningau dan Semporna.

Azizah berkata demikian kepada media selepas merasmikan Bangunan PDK Beaufort di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, PDK Beaufort yang dibina dengan kos RM200 ribu itu merupakan hasil usaha Persatuan Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) yang berperanan sebagai pusat integrasi komuniti setempat dan membantu perkembangan golongan OKU di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Azizah menyeru semua pihak agar mengambil bahagian dalam memperkasa golongan OKU sebagai satu galakan dan dorongan padu seiring visi kerajaan yang mendukung konsep inklusiviti tanpa mengira jantina, bangsa, lokaliti serta fizikal.

SF

Tinggalkan komen anda