Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

SUKMA XVIII – Khairul Hafiz Lebur Rekod 18 Tahun Watson Nyambek

By 27 Julai 2016Julai 28th, 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa/ Foto: Redzuan Md Salleh & Mohd Nazri Rapaii

KUCHING, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Pelari Melaka, Khairul Hafiz Jantan berjaya memecahkan rekod kebangsaan yang berusia 18 tahun milik Watson Nyambek dalam acara pecut 100m Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII dengan catatan 10.18 saat.

Berlepas dengan cukup bergaya, Hafiz berjaya menewaskan pelari Sarawak, Jonathan Nyepa dan rakan sepasukannya Badrul Hisyam Abdul Manap yang masing-masing mencatatkan 10.36 saat.

Foto: Redzuan Md Salleh

 

Hafiz yang baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke 18, Jumaat lalu berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan mencatatkan masa kesembilan terpantas, 10.44  saat dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Bydgoszcz, Poland minggu lalu.

“Jurulatih, Mohd Poad M.K, rakan sepasukan yang dianggap sebagai abang Badrul serta ibu bapa yang banyak memberikan kata semangat sehingga saya berjaya seperti hari ini,” ujarnya yang ditemui sejurus selepas bergelar Raja Pecut di Stadium Sarawak di sini.

Sementara itu, bagi jurulatihnya, Mohd Poad. M K sebenarnya apa yang terjadi di Poland banyak menjadi pengajaran kepadanya untuk berlari seperti hari ini.

“Apa yang saya pesan kepada Hafiz dan Badrul anggap sahaja SUKMA hari ini seperti latihan kerana di Poland mereka kelihatan
tertekan untuk berlari. Sebelum ini saya hanya sasar 10.27 untuk catatan Hafiz di SUKMA, tapi tak sangka dia dapat buat 10.18 saat,” jelasnya.

Redzuan Md Salleh

 

Sementara itu, ratu Pecut SUKMA milik Noor Eewan Syafiqah dari Perak dengan catatan 12.01 saat manakala pingat perak dimenangi Azreen Nabila Alias dari Terengganu dengan catatan 12.04 saat manakala seorang lagi wakil Perak Kang Woan Yi memungut gangsa dengan catatan 12.13 saat.

Kejohanan balapan berlangsung sejak semalam dan bakal berakhir pada Jumaat ini.

 

 

Tinggalkan komen anda