Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahViral

Ted Talk – Penambahan baru Pidato 1Malaysia

By 29 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Noor Syuhada binti Muhamad Yasin

SUNGAI PETANI, 28 Julai (Malaysiaaktif) – Ted Talk merupakan satu cara penyampaian maklumat yang lebih santai dan bersahaja, namun ia mampu melekat di minda pendengarnya.

 

Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Haji Sabarudin Yeop Hamza, mengulas kekuatan Ted Talk dengan penggunaan alat sokongan seperti gambar dan video, ia mengikuti aliran penggunaan teknologi maklumat masa kini.

Menurut beliau, penyampaian maklumat melalui kaedah Ted Talk adalah lebih ringkas dan menarik, namun ia mampu terus kepada maksud penyampaian. Kaedah ini amat bermanfaat jika maklumat yang hendak disampaikan agak sukar difahami. Dengan penggunaan Ted Talk, topik yang berat akan diringkaskan dan akan lebih senang difahami.

Ted ialah singkatan dari Technology, Entertainment dan Design dan merupakan penceritaan sesuatu topik dengan menggunakan elemen teknologi, hiburan dan design dalam menyampaikan mesej yang dibawa kepada audiens secara bersahaja.

Peserta tuan rumah, Mohd Anas Roslan merasakan bahawa Ted Talk ialah satu cabaran buatnya. Ini adalah kerana cara penyampaian Ted Talk yang lebih bersahaja agak berbeza dengan cara pidato. Namun begitu beliau tidak merasakan bahawa ini adalah satu halangan baginya untuk mengharumkan nama Kedah sebagai tuan rumah di pertandingan akhir nanti.

Bengkel ini telah dijalankan hari ini untuk para peserta Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Kebangsaan yang akan bermula pada 30 Julai ini.

 

Sabarudin merupakan salah seorang tenaga pengajar yang telah berkongsi pengalaman dan pengetahuannya bersama para peserta. Menurut beliau lagi, para peserta tahun ini merupakan peserta pertama yang mengikuti bengkel Ted Talk sebelum pertandingan berlansung.

Beliau berharap agar para peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diterima di bengkel ini semasa dan selepas pertandingan.

Bengkel ini dihadiri oleh 15 orang peserta, masing-masing merupakan johan Pidato 1Malaysia Peringkat Negeri.

Tahun ini merupakan tahun kedua penerapan kaedah Ted Talk di dalam Pertandingan Pidato 1Malaysia.

Mrr

Tinggalkan komen anda