Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantanViral

[VIDEO] Bijak Rancang Perjalanan, Elak Kesesakkan

By 5 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Nur Shafira Bt Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 5 Julai (MalaysiaAktif) –  Bermula Ahad lalu, aliran trafik Bandar Pasir Puteh mulai sesak dengan kenderaan perantau yang pulang untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman.

Jertih – Pasir Puteh merupakan pintu masuk utama ke Kelantan selain dari Grik – Jeli dan Kuala Lipis – Gua Musang.

Seorang penjawat awam, Zalina Mohd Yusoff 32, ketika di temu bual oleh Malaysiaaktif berkata, beliau cuba mengelakkan sebarang urusan di luar pejabat sekiranya tidak ada urusan penting kerana khuatir akan terkandas dalam kesesakan lalu lintas di Bandar Pasir Puteh.

“Banyak kenderaan bertali arus sehingga hendak melintas jalan pun sukar apatah lagi jika membawa kenderaan,” katanya.

 

Sementara itu menurut  Ketua Bahagian Siasatan dan Pengutkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Asistan Suprintenden Polis (ASP) Mohd Yusrizal  Mohd Ghazali, berkata, pihak IPD sedia maklum kesesakan lalu lintas yang berlaku adalah berikutan pertambahan jumlah kenderaan di Pasir Puteh sempena musim perayaan.

“Justeru itu kami menasihatkan  kepada pengguna jalan raya agar setiap isi rumah atau keluarga menggunakan hanya sebuah kenderaan untuk sebarang urusan di dalam bandar.

“Kebiasaan jalan yang akan mengalami kesesakan lalu lintas adalah di antara Jalan Kota Bharu ke Terengganu melalui Bandar Pasir Puteh, di dalam Bandar Pasir Puteh dan Simpang Tiga Pasir Puteh – Machang – Gerik. Pihak IPD juga sarankan agar para pengguna yang tidak mempunyai urusan di dalam bandar supaya menggunaan jalan alternatif,” jelasnya.

Tambah Yusrizal lagi kepada Malaysiaaktif, beliau berharap agar para pengguna bijak merancang perjalanan mereka bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Seramai 20 orang pegawai daripada Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Pasir Puteh bertugas bermula 29 Jun  sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Selain itu beliau turut berpesan kepada orang ramai yang ingin membeli belah agar meletak kenderaan mereka dengan teratur dan mengikut kotak parkir yang disediakan supaya tidak menghalang pergerakan trafik kenderaan yang lain.

SH

Tinggalkan komen anda