Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantanViral

Kota Bharu Semakin Sesak

By 5 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Ā Oleh : Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 5 Julai (Malaysiaaktif) – Bandar Kota Bharu mulai sesakĀ  dengan kenderaan milik anak watan yang pulang dari perantauan bagiĀ  menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati, keadaan jalan utama semakin sesak, terutama di Jalan Kuala Krai ā€“ Kota Bharu,Ā  Jalan Pintu Pong dan Jalan Che Su. Aliran trafik ke pusat bandar dari Jalan Kuala Krai begitu ketara sehingga kenderaan bergerak perlahan.

Seorang pekerja swasta dari Kuala Lumpur, Saifuddin Jusuh, 35, berkata, beliau setiap kali pulang berhari raya, perkhidmatan udara menjadi pilihan utama kerana ia cepat dan selesa berbanding berkereta.

ā€œBandar Kota Bharu sudah menjadi ā€˜ikan sardinā€™ padat, masalah kesesakan jalan raya ini tiada berkesudahan,ā€ katanya.

MenurutĀ  Pegawai Turus Trafik Kelantan, Deputi Superintenden (DSP) Mohd Hamidi Daud, berkataĀ  pihaknya telah melancarkan Ops Selamat untuk mengelakkan berlakunya kemalangan maut.

ā€œArahan daripada Ketua Polis Kelantan juga memaklumkan bahawa semua cuti anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dibekukan melainkan cuti kecemasan.

ā€œOperasi ini memberi fokusĀ  kepada keselesaan pengguna jalan raya dan dalam masa yang sama, kita menasihati orang ramai melaporkan kepada PDRM jika ingin meninggalkan rumah sepanjang Aidifitri agar tiada kelakuan jenayah,ā€ katanya kepada Malaysiaaktif.

Selain jalan raya, turut sesak ialah pusat beli belah di bandar ini berikutan pengunjung berpusu-pusu membeli pelbagai barangan keperluan hari raya.

SH

Tinggalkan komen anda