Skip to main content
Berita TempatanKelantan

[VIDEO] NGO Islam Seharusnya Bersatu

By 18 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Mohd Zamri  Abdullah (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 18 Julai (Malaysiaaktif) –  Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) harus bersatu terutama apabila ada sesuatu yang berkaitan Islam dibangkitkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator  Datuk  Dr  Asyraf  Wajdi Dasuki, berkata, NGO Islam harus berjuang berasaskan kebenaran dan sentiasa bekerjasama dalam hal melibatkan Islam.

“Dalam hal yang melibatkan Islam dan kepentingan Islam, tidak kira kita dari parti atau pertubuhan mana, ideologi mana, kita seharusnya bersama, senada dan satu suara.

“Inilah yang seharusnya dimainkan oleh NGO dan cendikiawan Islam agar tidak terikat mana-mana sentimen atau ideologi.

“NGO Islam mesti memainkan peranan penting bagi memberi pencerahan kepada parti-parti politik yang bertelingkah,” katanya selepas merasmikan Wacana dan Sambutan Hari Raya NGO-NGO Islam Kelantan di Dewan Sri Tunjong, semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Norzula Mat Diah dan Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz.

 

-SH

Tinggalkan komen anda