Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Perpaduan, Keharmonian Yang Ada Perlu Dipertahankan

By 16 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Norizah Jadid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 16 Jul (Malaysiaaktif) – “Perpaduan dan keharmonian di kalangan kaum di negara ini perlu dikekalkan bagi mempertahankan keamanan yang sedia ada sekarang”.

Demikian dinyatakan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari dalam Majlis Rumah Terbuka di Perkarangan Tasik Sri Rampai Setiawangsa, hari ini.

Majlis yang dihadiri lebih 10 ribu orang penduduk sekitar terdiri daripada masyarakat berbilang kaum mendapat sambutan paling tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

IMG-20160716-WA0024

Sebanyak 45 menu disediakan dan ini merupakan kali ke-empat diadakan sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Haji Ahmad Haji Maslan dan Pengarah Penerangan WPKL, Mohd Taib Haji Ubah.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis dan Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia.

-DK

Tinggalkan komen anda