Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Pusat Darah Negara Anjur Seminar Kesedaran Pendermaan Darah

By 10 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh Mohd. Anuar Ibrahim dan Zaharah Ismail (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Bersempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2016 yang bertemakan ‘Darah Menghubungkan Kita Semua’,  Pusat Darah Negara telah mengadakan Seminar Kesedaran Pendermaan Darah di Dewan Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Noryati Abu Amin dalam ucapan perasmiannya berkata, “Objektif penganjuran seminar ini antaranya adalah bagi meningkatkan hubungan kerjasama yang baik di antara Pusat Darah Negara dan pelbagai organisasi di negara kita”.

Tambah beliau, “Ia juga sebagai salah satu medium perkongsian maklumat mengenai isu-isu berkaitan  penjagaan kesihatan dan pendermaan darah”.

IMG-20160809-WA0025

Antara topik yang dibentangkan ialah ‘Zika and Blood Donation: What You Need To Know’ oleh Dr. Thane Moze Darumalinggam.

Dr. Thane menjelaskan, Zika merupakan sejenis ‘single stranded RNA Virus’ yang boleh merebak seperti demam denggi dan chikungunya. Virus ini membiak di sekitar kawasan perumahan dan hutan serta juga boleh merebak jika penghidap penyakit tersebut menderma darah.Justeru, kesedaran terhadap  penyakit ini perlu ada pada setiap masyarakat.

Turut dibentangkan pada seminar ini ialah ceramah bertajuk ‘Healthy Life Style For 21’st Century oleh Dr. Feisul Idzwan Mustafa dan ‘Facts and Myths About Blood Donation’ oleh Dr. Nik Rizwan Nik Ahmad Kamal. Ketiga-tiga penceramah  adalah Pegawai Perubatan dari Pusat Darah Negara.

Seminar kesedaran ini telah dihadiri seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

-DK

 

 

Tinggalkan komen anda