Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia: Anak Seni Barat Daya Muncul Juara

By 9 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Norhayani Hashim, Azrul Hasan & Shamsul Bahari Abd. Shukor (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menyemarakkan semangat patriotik.

Dalam proses pembinaan negara bangsa dan jati diri rakyat Malaysia, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia turut dijalankan bagi menggalakkan penyampaian pendapat mengenai peristiwa-peristiwa bersejarah dan tokoh-tokoh diiktiraf tempatan dalam kalangan masyarakat umum, sebagai usaha pendidikan berterusan.

WhatsApp Image 2016-08-08 at 2.37.13 PM

Petang semalam, kumpulan Anak Seni Barat Daya muncul juara dalam Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016, di sini.

Menampilkan pengisahan sejarah mengenai perjuangan Tok Janggut, Anak Seni Barat Daya berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3000, piala serta sijil penyertaan.

Tempat kedua pula dimenangi oleh kumpulan Anak Seni Timur Laut, dengan pengisahan Leftenan Adnan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Empayar Bainun, dari Seberang Perai Tengah, dengan pengisahan bertajuk Rahsia Ilahi. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM2000 dan RM1000, serta piala dan sijil penyertaan.

WhatsApp Image 2016-08-08 at 2.39.05 PM

Pertandingan yang bertemakan “Sehati Sejiwa” ini merupakan program tahunan Jabatan Penerangan Malaysia yang menjadi medium untuk memperingati jasa serta pengorbanan tokon-tokoh terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal, Datuk Haji Roslan Saidin, yang turut diiringi oleh Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Haji Ishak Abdullah.

– AH

Tinggalkan komen anda