Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

400 Pelatih Jururawat Teruja Sambut Bulan Kebangsaan

By 22 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Md. Zabata Ibrahim, Nurul Wahida Mohamad Nor, Azimee Abdullah & Azrul Hasan (George Town)

GEORGE TOWN, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Lebih 400 pelatih jururawat hadir di Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kolej Kejururawatan Pulau Pinang di sini, Sabtu lepas.

Pelbagai aktiviti menarik yang berlandaskan elemen patriotik telah dijalankan bagi menaikkan semangat kebangsaan. Antaranya adalah persembahan pentomin, koir, perbarisan, zumba merdeka, lukisan mural dan kreativiti selfie wefie kemerdekaan.

Menurut pelatih Kolej Latihan Pergigian Malaysia yang berasal dari Sarawak, Noor Kamalia Mohd Zamri Lopek, 22, dia berharap agar program penghayatan kenegaraan seperti ini dapat dilakukan dengan lebih kerap dalam menjayakan sambutan kemerdekaan negara.

Seorang lagi pelatih dari Kolej Kejururawatan Pulau Pinang yang turut menyertai acara perbarisan, meluahkan rasa syukur dilahirkan di Malaysia dan gembira kerana diberi kesempatan untuk terlibat dalam sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini.

Program ini telah melibatkan para pelatih dari Kolej Kejururawatan Pulau Pinang, Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam dan Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang.

Program anjuran bersama Kolej Kejururawatan Pulau Pinang (KKPP) dan Jabatan Penerangan Malaysia, Pulau Pinang ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Ishak Abdullah, dan Timbalan Pengarah Kolej Kejururawatan Pulau Pinang, Zaiton Muda.

– AH

Tinggalkan komen anda