Skip to main content
Berita TempatanHomePerakViral

Hari Kebudayaan Julang Budaya Tradisi

By 22 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)

IPOH, 22 Ogos (Malaysiaaktif)  – Hari Kebudayaan sempena tahun baharu masyarakat India dan Sikh yang diadakan Sabtu lalu di Kolej Antarabangsa Taj, di sini mendapat sambutan kira-kira 500 pengunjung masyarakat setempat.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati rata-rata penglibatan majlis ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta penduduk kawasan sekitar yang tidak melepaskan peluang melibatkan diri dengan aktiviti kebudayaan yang dianjurkan ini.

Jalebi, Laddu, dan Adhirasam antara juadah tradisi terkenal masyarakat India dan Sikh

Jalebi, Laddu, dan Adhirasam antara juadah tradisi terkenal masyarakat India dan Sikh

Hari Kebudayaan yang berlangsung ini turut menyediakan ruang pameran mengenai pelbagai jenis sambutan yang diraikan oleh masyarakat India dan Sikh di Malaysia bagi tujuan mendidik dan memberi pendedahan terutamanya kepada anak-anak muda tentang budaya tradisi nenek moyang mereka.

Pensyarah Kolej Antarabangsa Taj, Gopi Naidu Appan berkata, sambutan Hari Kebudayaan ini diaturkan sendiri oleh persatuan pelajar kolej dibawah naungan pengurusan kolej tersebut.

“Ini adalah satu pesta kebudayaan yang mana penglibatannya melibatkan para pelajar, ini dapat memberi impak positif kepada mereka selain menghindari mereka daripada gejala negatif dan aktiviti yang kurang sihat,” katanya ketika ditemui di sini.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan mengikat malai (kalung), membuat Kolam Ranggoli, mewarna,  mengayam Thoranum (daun pokok kelapa sebagai hiasan), membuat Mahendi,  Bhajan (menyanyi lagu-lagu keagamaan) dan menghiasan Sheer Thattu (dulang hantaran Kahwin)

Turut disajikan lebih daripada 60  jenis makanan dan kuih-muih tradisional  masyarakat India dan Sikh. Aneka jenis manisan, kuih-muih tradisional, masakkan sayur-sayuran dan lauk-pauk yang menyelerakan turut menjadi juadah makan tengah hari majlis tersebut.

-SH

Tinggalkan komen anda