Skip to main content
Berita TempatanSabah

Astronomi, Fotografi Jadi Tarikan Baharu Pelancongan Sabah

By 15 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Ā Oleh Asmidar ZainolĀ 

KUDAT, 15 Ogos (Malaysiaktif) – Pelancongan astronomi (astrotourism) dan fotografi (astrophotography) bakal menjadi tarikan? baharuĀ sektor pelancongan di Sabah dan Malaysia amnya.

Menurut Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Sabah, Ag Ahmad Zaki Abu Bakar?Ā astrotourism merupakan pelancongan berkonsepkan Millions Stars Hotel, pelancong boleh bermalam di luar, berbumbungkan jutaan bintang dan objek cakerawala di langit.

Dengan kos minimum, tidak mustahil sektor pelancongan ini dapat meningkatkan kehadiran pelancong ke Sabah.

“Dengan perancangan yang teliti, astrotourism akan menjadikan Sabah sebagai salah sebuah lokasi terbaik mencerap bintang di dunia suatu hari nanti.

ā€œBagi astrofotografi, merekaĀ boleh merakam keindahan landskap langit malam yang amat menakjubkan.

?”Rakaman imej cakerawala seperti planet, buruj, dan bima sakti pastinya memberi satu kepuasan kepada peminat fotografi dan secara tidak langsung dapat mempromosikan Sabah?,” katanya ketika ditemui pada ProgramĀ Perseid Meteor Shower Viewing Party? di sini, Jumaat malam.?

Astronomi5

Tambahnya, astrotourism bukan saja dapat memberikan lonjakan kepada industri pelancongan tetapi juga dapat memberi pendidikan secara tidak langsung kepada masyarakat agar lebih menghargai khazanah alam dan angkasa.

Zaki turut memaklumkan,Ā program kerjasama antara MOTAC dan Sabah Stargazer i?tu merupakan salah satu program berteraskanĀ ‘voluntourism?’? yang diperkenalkan oleh kementerian berkenaan pada Jun lepas.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pencerap Bintang Sabah (Sabah Stargazer), Dr Esmar Abdul Hamid berkata program kerjasama Sabah StargazerĀ dengan? MOTAC SabahĀ ?itu dilaksanakan untuk memberi peluang kepada orang ramaiĀ ?menimba? Ā pengalaman melihat hujan meteor dan mencerap objek-objek cakerawala seperti bulan, planet marikh dan zuhal.

ā€œIni merupakan program kali kedua anjuran Sabah Stargazer dan ?mendapat sambutan yang amat menggalakkan?, hampir 500 ahli kelab, orang awam serta pelajar-pelajar sekolah menyertai program ini.

Astronomi6

 

ā€œKami berharap kerjasama dan sokongan pihak MOTAC Sabah akan berterusan dan kami turut menggalakkan kerjasama agensi dan NGO lain untuk mempromosikan bidang astronomi dan fotografi di negeri ini.

“Pada sesi itu, para pengunjung dapat menyaksikanĀ hampir 50 juraian meteor dan fireball,” jelasnya.

Selain menyaksikan hujan meteor hujan dan pencerapan,Ā turut diadakan taklimat berkenaan fenomena berkenaan turut disampaikan oleh Pegawai Sains Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor.

-SF

 

Tinggalkan komen anda