Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Bertemu Jodoh di Sukan Paralimpiad

By 10 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad

KUCHING, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – “Jodoh pertemuan tidak seharusnya dinilai dari segi kecacatan keadaan fizikal atau apa-apa, yang paling penting adalah kebahagiaan.”

Demikian kata atlet Sukan Paralimpiad XVIII Sarawak Chow Mei Hsia, 37 yang telah mendirikan rumah tangga dengan atlet olahraga Paralimpiad Sarawak, Anthony Martin, 38 sejak 2003 dan mempunyai seorang anak angkat.

“Saya berkenalan dengan Anthony semasa Sukan Paralimpiad 2000 di Kuala Lumpur dan kami bercinta selama dua tahun sebelum melangsungkan perkahwinan.

WhatsApp Image 2016-08-10 at 12.30.53 PM

 

“Kecacatan bukan menjadi penghalang bagi kami berdua untuk menjadi atlet Sukan Paralimpiad tambah lagi sekarang kami tinggal berjauhan antara satu sama lain oleh sebab tugas masing-masing,” ujarnya yang berasal dari Kepong Baru, Kuala Lumpur bekerja di Batu Caves.

Chow yang merupakan anak kelima daripada lapan adik-beradik, cacat anggota kaki disebabkan demam panas sebelum ini mewakili Paralimpiad Sarawak dalam sukan Tenis dan kini sukan Ping Pong telah berjaya mendapat tempat keempat.

“Saya tidak putus semangat kerana dapat tempat keempat malah menaikkan semangat untuk lebih maju lagi dalam sukan ping pong agar dapat dipilih lagi pada masa akan datang.

“Suami berlatih di Bandar Miri, saya pula berlatih di Kuala Lumpur maka semangat  tidak menjadi luntur untuk berlatih atau untuk mewakili Sarawak,” katanya yang dilatih dua jam sehari selama tiga kali dalam seminggu.

WhatsApp Image 2016-08-10 at 12.31.58 PM

 

Anthony Martin yang berasal dari Trusan Lawas, Sarawak pula merupakan atlet olahraga Paralimpiad dalam kategori  T-54 yang telah meraih tiga pingat emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter.

Sementara itu, jurulatih Chow, Anthony Jong seorang Penolong Juruaudit bekerja di Jabatan Audit Negara, Sarawak berkata dia melatih Chow melalui video.

“Setiap kali dia berlatih, dia dinilai melalui prestasi permainan serta peningkatannya,” ujarnya yang ditemui di Stadium Tertutup Kota Samarahan pagi tadi.

SF

Tinggalkan komen anda