Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Saya Mahu ke Paralimpiad Tokyo 2020 – Nurul Nasuha

By 10 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad/Jurufoto: Mohammad Razali Ihi (Sarawak)

KUCHING, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – “Impian saya mahu mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpiad Tokyo 2020.”

Demikian kata atlet Terengganu Nurul Nasuha,21 yang merupakan pemenang pingat emas ping pong kategori wanita TT-9-10 Sukan Paralimpiad Malaysia 2016 Sarawak yang berlangsung semalam.

Anak kedua daripada sembilan adik-beradik bercita-cita tinggi untuk menyerlahkan diri dan berdoa agar tercapai niatnya untuk terus maju dalam sukan ping pong.

“Saya telah mewakili Terengganu dalam Sukan Paralimpiad sejak 2013 bagi Asian Youth Para Games di Kuala Lumpur. Pada 2014 pula, saya menyertai Asean Para Games di Myanmar manakala bagi Terbuka Indonesia 2016. Saya hanya meraih pingat gangsa pada ketiga-tiga temasya itu.

“Pada Sukan Paralimpiad di Sarawak ini rezeki saya pula untuk meraih pingat emas,” ujarnya yang ditemui di Stadium Tertutup Kota Samarahan semalam.

WhatsApp Image 2016-08-09 at 4.45.28 PM

 

Tambahnya, kejayaan yang diperoleh ini berjaya melepasi sasarannya selama ini.

“Saya berasa sangat gembira, bangga dan lega kerana saya dapat melepasi sasaran saya kali ini. Saya telah berlatih dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

“Ketika berlatih di Terengganu, saya dilatih oleh Engku Ali Engku Ngah sementara apabila berlatih di Majlis Sukan Negara di Kampung Pandan Kuala Lumpur saya diselia oleh Ting Ing Hock.

Pingat perak pula dimenangi oleh Farahidatul Akma binti Ilias dari Terengganu.

 

-SF

Tinggalkan komen anda