Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Label “Ayam Kampung” Diguna Untuk Tipu Pengguna

By 31 Ogos 2016September 1st, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh Abdul Razak Zakaria /UPM

SERDANG, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – “Ayam kampung asli atau ayam kampung tempatan merupakan hasil daripada pembiakan secara moden yang dibawa oleh penjajah pada kurun ke-19”.

Demikian menurut Pensyarah di Jabatan Sains Haiwan Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Azhar Kasim di Dewan pertanian, Fakuliti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Selasa lalu.

Menurut beliau lagi, “Ayam kampung asli hanya boleh didapati di  pasar kawasan kampong dan ayam yang dijual di pasaraya tidak sepatutnya mahal. Peniaga mengambil kesempatan menjual ayam daging yang dikawal pemakanan sebagai ayam kampung”.

Foto: UPM

Ujar beliau, “Kelebihan ayam kampung asli adalah dari segi kebolehan berdikari, jaga diri naluri cari sumber asli sebagai makanan, aktif tidak duduk diam dan daya ketahanan penyakit”.

Manakala baka yang cepat membesar seperti ‘colour broiler’ adalah jenis tidak aktif yang boleh menyebabkan kadar kematian tinggi kerana tidak melarikan diri apabila dipatuk serta tisu badannya dimakan oleh ayam lain.

Beliau memberitahu wartawan dalam satu dalam sidang media khas di sini bahawa permintaan dan harga ayam kampung yang tinggi telah menyebabkan pembekal menjual ayam daging sebagai ayam kampung.

Sehubungan itu, Dr Azhar turut mencadangkan penubuhan sebuah badan kahas bagi mengawal dan memantau industri ternakan ayam dalam usaha mengelakkan penipuan produk.

Beliau pernah menimbulkan tentang isu yang sama melalui media sosial pada 23 Ogos lepas.

-DK/AAS
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda