Skip to main content
Berita TempatanSabah

JaPen Menang Dua Anugerah Kewartawanan Shell Kinabalu

By 8 Ogos 2016Ogos 9th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh:? Ahmad Fauzi Lamsin & Abdul Sani Ariff Lokman (Sabah)

KOTA KINABALU, 8 Ogos (Malaysiaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah memenangi dua kategori dalam Anugerah Kewartawanan Shell Kinabalu yang berlangsung meriah di ibu negeri, pada Jumaat.

Kemenangan itu diraih oleh dua anggota Bahagian Media dan Komunikasi Korporat yang masing-masing memenangi Anugerah Laporan Hiburan dan Anugerah Berita Fotografi Terbaik.

image

Wartawan, Zuraidah Ahmad diumumkan sebagai pemenang Anugerah Laporan Hiburan menerusi artikel bertajuk ‘Lagu Kebesaran Negeri.. Sabah Tanah Airku’, sementara dua lagi wartawan menerima merit.

Mereka terdiri daripada wartawan New Sabah Times, Ersie Anjumin dengan laporan dua siri Pementasan ‘Teater Muzikal Siningggazanak’ dan wartawan Berita Harian (BH), Suzianah Jiffar dengan ‘Ikon Penduduk Kudat’.

Dengan anugerah itu, Zuraidah sekali gus mengulangi kejayaannya pada 2010 menerusi artikel ‘Di Sebalik Nama.. Asmin Mudin’.

????????????????????????????????????

Turut diumumkan, karya jurufoto, Azman Jumat yang mempertaruhkan gambar ketika insiden kebakaran terbesar di Semporna bertajuk ‘Meredah Lautan’ diangkat sebagai pemenang Anugerah Berita Fotografi Terbaik.

Azman menewaskan karya terbaik jurufoto See Hua Daily News, Tseu Kui Jin dan jurufoto Borneo Post, Aniq Azarei Mat Salleh yang menerima merit.image

Majlis berprestij itu merupakan program tahunan Shell Malaysia dengan kerjasama Persatuan Wartawan Sabah.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Penerangan Sabah, Yunus Saprin mengucapkan syabas dan tahniah kepada dua anggotanya itu serta berharap kemenangan tersebut akan menjadi motivasi kepada seluruh warga JaPen.

Tambahnya, kejayaan itu secara langsung mengiktiraf keupayaan dan keberkesanan jabatan itu dalam menyedia dan menyumbang bahan terbaik kepada dunia kewartawanan.

SF

Tinggalkan komen anda