Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Kubu Alice Jadi Tarikan di Muzium Warisan Sri Aman

By 30 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad/Mohd Borhan Haji Ulis/ Jurufoto: Cassidy Lisut Tubong

SRI AMAN, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Kubu Alice yang telah wujud lebih satu abad lalu menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke Muzium Warusan Sri Aman.

Kubu Alice telah dibina di Simanggang (kini dikenali dengan Sri Aman) pada 1864 ketika James Brooke mengarahkan penduduk berpindah dari Skrang ke Simanggang dengan Kubu James.

Kubu-kubu yang dibina dan pekan-pekan kerajaan yang ditubuhkan di Sarawak dari 1841 hingga 1941 merupakan warisan bukti bahawa negeri ini pernah diperintah oleh Raja Brooke.

image

Muzium ini dibuka pada hari Selasa hingga Jumaat pada 9.00 pagi hingga 4.45 petang manakala pada hari Sabtu dan Ahad dibuka pada 10.00 pagi hingga 4.00 petang dan ditutup pada hari Isnin.

Menurut pembantu galeri, Alekson anak Norbert, 30 tiada bayaran dikenakan kepada pelawat jika melawat ke kubu Alice setakat ini dan besar kemungkinan pada masa akan datang pelawat mungkin akan dikenakan caj bayaran masuk yang ditentukan oleh pihak pengurusan muzium.

Sementara itu, petugas galeri, Joseph Tonik ak Bob, 26 setiap hari mereka menerima lebih kurang 50 ke 60 orang pengunjung.

“Dalam kubu Alice terdapat sejarah penubuhannya dan pelawat dapat mengetahui sendiri dengan membaca melalui jalan cerita yang disediakan atau boleh juga mendapatkan penerangan daripada petugas pada hari tersebut.

image

Joseph turut menyeru orang ramai jika datang di Sri Aman jangan lupa singgah ke kubu Alice untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah kubu ini.

“Dengan datang dan melihat sendiri, kita tahu dan dapat membayangkan situasi pemerintahan James Brooke dahulu,” ujarnya lagi yang ditemui di muzium pagi tadi.

SF

Tinggalkan komen anda