Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Makan Malam Meraikan Para Pelancong Negara China

By 11 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Mohd Faizal Mansor / Foto: Jeffrey Nian

 

LABUAN, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – “Labuan Tatap Best”, Walaupun kata-kata tersebut terungkap dalam bahasa kantonis mahupun mandarin, tergambar keseronokan dan kepuasan dari riak wajah para pelancong dari wilayah Nanning Negara China yang melawat ke pulau ini.

Mereka telah diraikan pada majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka malam tadi yang turut di hadiri oleh Ahli Parlimen Labuan, merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Rozman Datuk Haji Isli.

Menurut Rozman, kedatangan para pelancong dari Negara China ke Labuan amat mengalakkan sejak kebelakangan ini didorongi faktor keindahan Pulau Labuan terutamanya dari segi pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan.

Beliau berharap mereka akan mempromosikan dan menceritakan keindahan pulau tersebut kepada warga Negara China yang lain untuk menarik minat warga China yang lain melawat ke pulau ini dan melonjakkan industri pelancongan di pulau bebas cukai ini, kata beliau.

Pada majlis tersebut, mereka turut dihiburkan dengan tarian tradisonal seperti tarian igal-igal, daling-daling dan sumazau oleh para penari kebudayaan Perbadanan Labuan.

Tinggalkan komen anda