Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaSabahViral

Kajian Semula Persempadanan Kerusi DUN Sabah

By 11 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan

PUTRAJAYA, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjalankan urusan Kajian Semula Persempadanan bagi bahagian-bahagian pilihan raya Negeri Sabah. Ini dinyatan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Seri Mohd Hashim Bin Abdullah di Putrajaya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Ia berikutan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 9 Ogos 2016 yang meluluskan pindaan Perlembagaan Negeri Sabah bagi menambah 13 lagi bilangan kerusi DUN menjadikan 60 kerusi kepada 73 kerusi.

Kajian akan dibuat berlandaskan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan setiap tambahan kerusi ini diwakili oleh ahli yang diplih bagi setiap bahagian plihan raya, seperti mana pelaksanaan Kajian semula Persempadanan bagi Negeri Sarawak sebelum ini selaras dengari Perkara 117 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mohd Hashim lagi, SPR akan memulakan urusan Kajian semula Persempadanan tersebut selepas pindaan Perlembagaan Negeri Sabah berhubung perkara ini kuatkuasakan. Apabila notis Kajian Semula Persempadanan bagi bahagian-bahagian plihan raya bagi Negeri Sabah dikeluarkan, SPR perlu menyiapkan kajian tersebut dalam tempoh yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh bermulanya kajian semula itu.

Bahagian Bahagian Pilihan Raya yang baharu akan dapat digunapakai dalam sesuatu pilihan raya hanya setelah segala urusan Kajian Semula Persempadanan selesai dilaksanakan, katanya lagi.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda