Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Mesin Judi Di Sebalik Permainan Siber

By 6 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohammad Nazeeb Hj. Ali

LABUAN, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Mesin judi siber yang menyerupai permainan kanak – kanak dikenali sebagai “StarBox” kini semakin berleluasa terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan sejak setahun yang lalu.

Keadaan ini merisaukan penduduk di sini kerana ia tumbuh bagaikan cendawan dan premis tersebut mendapat kelulusan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan.

Pengunjung pusat-pusat perjudian siber ini terdiri daripada belia berusia lingkungan 20 – 40 tahun dan ada sesetengah pengunjung wanita yang mengenakan tudung sambil membawa anaknya ke premis berkenaan.

“Kadang – kadang saya terlihat remaja di bawah umur memasuki premis berkenaan bersama dengan rakan – rakan sebaya, kemungkinan mereka ini ponteng dari sekolah sebab masih menggunakan seluar sekolah hanya baju sahaja di tukar” ujar salah seorang warga tempatan yang bekerja di sebelah premis judi tersebut.

Ahli Parlimen Labuan, merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli ketika di hubungi berkata, pihak Perbadanan Labuan melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Perlesenan akan mengambil tindakan tegas aktiviti perjudian dengan mensita segala peralatan perjudian dan akan menamatkan tempoh lesen premis serta–merta. Pihak berkuasa tempatan di minta menyemak kembali lesen perniagaan agar tidak disalahgunakan.

Presiden Majlis Belia Labuan, Basran Yunus turut meluahkan rasa kecewa kerana perkara seperti ini merosakkan golongan belia. Selain itu juga, melalui Majlis Perundingan Belia Negeri (MPBN) akan mengangkat dan memohon diwujudkan akta untuk menyekat kewujudan pusat judi seperti ini.

 

 

Tinggalkan komen anda