Oleh : Syed Hisham Shah (Putrajaya)
TAWAU, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Lebih 10,000 peserta menyertai Larian Jalur Gemilang anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang berlangsung di sini hari ini.
Larian tersebut dilepaskan secara rasmi oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan pukul 7.30 pagi tadi di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, di sini.
Penganjuran acara tersebut sebagai memeriahkan lagi program sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang tahun ini.
Antara kategori dipertandingkan ialah terbuka dewasa sejauh 5 kilometer, kategori veteran, kanak-kanak dan kategori OKU.
Sebelum pelepasan, Tawfiq turut bersama semua peserta menyertai senamrobik yang dikendalikan oleh jurulatih kecergasan professional.
– SH