Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Kadet JPJ Labuan Usaha Kurang Kadar Kemalangan

By 10 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Faizal Mansor

LABUAN, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Dengan pelancaran penubuhan Kadet JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) yang disertai oleh tujuh buah sekolah menengah daripada sembilan buah sekolah menengah di Labuan mampu mendidik para pelajar sekolah agar menjadi pengguna jalan raya yang berdisplin dan mementingkan keselamatan.

~Bak kata pepatah “Meluntur Buluh Biar Dari Rebungnya” akan memberi pendidikan awal dan memupuk kesedaran tentang keselamatan jalanraya kepada para ahli-ahli kadet JPJ di peringkat sekolah menengah.~

Majlis pelancaran~nya telah~ disempurnakan oleh Ketua Cawangan JPJ Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan, ~Tuan~ Haji Mohd Ilias Abdullah di pejabat JPJ Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan, di sini pagi tadi.

Ilias berharap agar ahli-ahli kadet JPJ akan menjadi duta kecil kepada rakan-rakan mereka sekolah supaya memberi penerangan dan memupuk kesedaran kepada rakan-rakan ~sebaya~ mereka tentang pentingnya menjaga keselamatan jalanraya,khususnya pengguna-pengguna jalanraya dalam kalangan ~golongan~ remaja.

Beliau juga optimis, penubuhan kadet JPJ tersebut akan mampu menerapkan kesedaran sivik, memupuk disiplin dan menyemai perasaan tanggungjawab masyarakat tentang keselamatan ketika berada di jalanraya.

“Pada masa yang sama ia juga mampu mengurangkan kadar kemalangan dan yang terbaik sekali adalah merealisasikan kadar kemalangan maut sifar di Labuan”, kata beliau lagi.

Majlis pelancaran Kadet JPJ yang diadakan serentak seluruh Negara ~pada~ hari melibatkan sebanyak 219 buah sekolah seluruh Negara.

Pada hari ini ahli-ahli Kelab JPJ dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara, Labuan menerima sijil keahlian masing-masing.

LABUAN, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Dengan pelancaran penubuhan Kadet JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) yang disertai oleh tujuh buah sekolah menengah daripada sembilan buah sekolah menengah di Labuan mampu mendidik para pelajar sekolah agar menjadi pengguna jalan raya yang berdisplin dan mementingkan keselamatan.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Cawangan JPJ Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan, Haji Mohd Ilias Abdullah di pejabat JPJ Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan, di sini pagi tadi.

Ilias berharap agar ahli-ahli kadet JPJ akan menjadi duta kecil kepada rakan-rakan mereka sekolah supaya memberi penerangan dan memupuk kesedaran kepada rakan-rakan mereka tentang pentingnya menjaga keselamatan jalanraya,khususnya pengguna-pengguna jalanraya dalam kalangan remaja.

Beliau juga optimis, penubuhan kadet JPJ tersebut akan mampu menerapkan kesedaran sivik, memupuk disiplin dan menyemai perasaan tanggungjawab masyarakat tentang keselamatan ketika berada di jalanraya.

“Pada masa yang sama ia juga mampu mengurangkan kadar kemalangan dan yang terbaik sekali adalah merealisasikan kadar kemalangan maut sifar di Labuan”, kata beliau lagi.

Majlis pelancaran Kadet JPJ yang diadakan serentak seluruh Negara hari melibatkan sebanyak 219 buah sekolah seluruh Negara.

Pada hari ini ahli-ahli Kelab JPJ dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara, Labuan menerima sijil keahlian masing-masing.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda