Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sarawak Sasar Lebih 500 Ribu Sertai Hari Sukan Negara

By 19 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

  Oleh:  Mohd Baharruddin Mohamad

KUCHING, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Sarawak menyasarkan seramai 534,00 orang penduduk akan ikut serta sempena Hari Sukan Negara yang akan berlangsung secara serentak di seluruh negara, negeri dan daerah pada 8 Oktober 2016.

Kumpulan sasaran bagi program kali ini merangkumi pelbagai peringkat iaitu kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU), keluarga dan kanak-kanak, belia, wanita dan warga emas termasuk pelajar sekolah, belia, persatuan, peringkat, bahagian, daerah, parlimen, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), institusi pengajian tinggi (IPT), badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi.

Hari Sukan Negara yang disambut pada hari Sabtu minggu kedua, Oktober setiap tahun adalah untuk menggalakkan masyarakat berbudaya sukan, memupuk perpaduan dengan tidak mengira kaum, agama, jantina, usia dan sebagainya.

Program ini juga sebagai pembangunan ekonomi melalui industri sukan serta meningkatkan pengetahuan sukan dan memberi pengiktirafan kepada penggiat sukan dengan setiap aktiviti berlandaskan prinsip 3M (Menarik, Mudah dan Murah.

Dalam pada itu, bentuk aktiviti merangkumi semua jenis sukan dan kecergasan yang melibatkan pergerakan fizikal termasuk pertandingan, pertunjukan, riadah, sesi mencuba selain program berbentuk pengetahuan seperti bengkel dan seminar.

Semua aktiviti sukan di peringkat bahagian, daerah, kampung dan JKKK  bermula 7 hingga 9 Oktober dan setiap jenis sukan akan ditentukan oleh bahagian masing-masing.

Demikian kata Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, semasa mesyuarat dan sidang media di bilik mesyuarat jawatankuasa 1, Dewan Undangan Negeri (DUN), Kuching, pagi tadi.

-SF

Tinggalkan komen anda