Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Swasta Tidak Berapa Ghairah Kibar Jalur Gemilang di Labuan

By 19 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Mohd Faizal Mansor / Foto Oleh: Jeffrey Nian

 

LABUAN, 19 Ogos (Malaysia Aktif) Kibaran Jalur Gemilang di sekitar Bandar Labuan terutamanya premis-premis perniagaan masih layu dan hambar.

Melalui tinjauan yang dibuat, sebahagian besar pemilik premis perniagaan masih kurang kesedaran dan semangat patriotisma untuk mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan Kebangsaan ini.

Terdapat juga Jalur Gemilang yang sudah usang, rosak dan lusuh masih digunakan di sesetengah premis dan ada juga sekadar “melepaskan batuk di tangga” mengibarkan atau memacakkan Jalur Gemilang tanpa memeriksa keadaannya samada masih elok, terbalik atau sebagainya.

Jalur Gemilang yang sudah koyak masih digunakan dan asih banyak lagi premis perniagaan di Labuan masih tidak mengibarkan Jalur Gemilang

Jalur Gemilang yang sudah koyak masih digunakan dan asih banyak lagi premis perniagaan di Labuan masih tidak mengibarkan Jalur Gemilang

Ini menunjukkan bahawa sikap sayangkan Jalur Gemilang sebagai kebanggaan rakyat Malaysia dipandang enteng dan acuh tak acuh walaupun pelbagai kempen kibarkan Jalur Gemilang telah dilakukan oleh kerajaan.

Menurut salah seorang warga Labuan, Churiya Singgam, 53 tahun, beliau berasa sedih kerana sesetengah premis perniagaan di Bandar Labuan ini masih kurang prihatin tentang kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan ada di kalangan mereka sanggup membiarkan Jalur Gemilang yang sudah begitu lama dipasang sehingga rosak dan lusuh tanpa menggantikannya dengan yang baru.

Kata, Sharul Masri, 18 tahun, menganggap masih kurangnya semangat patriotisma sehingga membiarkan Jalur Gemilang tidak terjaga seolah-olah Jalur Gemilang yang menjadi lambang Negara kita tidak bernilai bagi mereka.

Justeru pihak Perbadanan Labuan diseru mengambil langkah proaktif untuk menegur premis-premis perniagaan tersebut mahupun mengambil langkah sendiri untuk menukar Jalur Gemilang yang sudah rosak kepada yang baru, kata Sharul lagi.

Perkara tersebut terus dimaklumkan kepada pihak Perbadanan Labuan, menurut Penolong Pegawai Perhubungan Awamnya, Usamah Ibrahim, pihak perbadanan berjanji akan terus bertindak dengan segera dan proaktif selepas menerima foto-foto tersebut daripada pihak Malaysiaaktif Labuan.

Diharapkan usaha tersebut akan membuka mata kepada para pemilik premis perniagaan di Bandar Labuan agar lebih menghormati dan menyayangi Jalur Gemilang kita khususnya di dalam bulan kebangsaan ini.

Mrr

Tinggalkan komen anda