Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Guru Perlu Peka Perkembangan Semasa STI

By 19 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Abdul Razak  Zakaria (Bangi)

BANGI, 19 Ogos (MalaysiaAktif) – “Guru perlu sedar dan sentiasa dikemaskini dengan perkembangan semasa dalam bidang sains dan teknologi, serta dengan topik seperti pengklonan organ, dan perkembangan semasa dalam bidang  internet”,

Demikian menurut Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Wilfred Madius Tangau dalam Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan 2016 Pusingan Akhir Cabaran Sains Kebangsaan, bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia, petang semalam.

“Dengan menyedari perkembangan semasa Sistem dan Teknologi Informasi (STI), guru-guru akan dapat mempengaruhi pelajar mereka untuk lebih baik”, ujar beliau lagi.

Tambah beliau lagi, “Para pelajar kemudian akan dapat simpulkan dan menyambung ilmu yang mereka belajar di dalam kelas dengan sains yang berlaku di kehidupan seharian”.

“Guru perlu bertindak sebagai fasilitator kepada pelajar mereka dalam peranan ini kedua-dua guru dan pelajar perlu melibatkan diri dalam pembelajaran dan pendidikan dan tidak hanya terbatas dalam buku teks dan pembelajaran bilik darjah sahaja”, tegas beliau.

Beliau juga berkata, “Kita perlu berhenti menjadi hanya pengguna teknologi tetapi menjadi “prosumers” di mana kita bukan sahaja menjadi pengguna teknologi, tetapi menjadi pengeluar dalam inovasi dan akan dapat diwujudkan melalui STI untuk menjadi pemimpin dunia dalam teknologi khusus”.

-DK

Tinggalkan komen anda