Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sembang Santai Aktivis K1M Pulau Pinang Meriah

By 1 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Ahmad Faiz Mansur, Azimee Abdullah, Sherul Nizam Zakaria & Jamil Zainul (Balik Pulau)

BALIK PULAU, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Kira-kira 100 orang yang terdiri daripada Pengerusi serta jawatankuasa Komuniti 1Malaysia (K1M) sekitar Pulau Pinang hadir di Program Sembang Santai Ketua Pengarah Penerangan bersama aktivis K1M semalam.

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, dalam ucapannya menekankan kepentingan peranan Aktivis K1M dalam memasarkan informasi yang tepat dan sahih kepada masyarakat.

Menjelang bulan kebangsaan ini, Ibrahim menyarankan pihak K1M supaya memainkan peranan penting dalam menyemarakkan gelombang bukan kebangsaan ini dari masayarakat akar umbi lagi.

Dalam pada itu, Ibrahim turut merakamkan penghargaannya terhadap perhubungan baik dan kolaborasi pihak K1M bersama pemimpin-pemimpin tempatan di Balik Pulau, khususnya dalam memberi pemahaman kepada rakyat berhubung dasar-dasar kerajaan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Haji Muhamad Farid Saad, Pengerusi Permuafakatan K1M Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus dan Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Haji Ishak Abdullah.

– AH

Tinggalkan komen anda