Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Bintang Filem Tamil Puji Usaha Murni K1M

By 1 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Anuar Asha’ari, U.Prakash & S.Shanmuganathan (George Town)

GEORGE TOWN, 31 Julai (Malaysiaaktif) – Kira-kira 150 pelajar tingkatan lima dari sekitar George Town hadir di Seminar Bimbingan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di Kolej Olympia Lebuh Macallum, semalam.

Program anjuran Komuniti 1Malaysia Pangsapuri Pelangi dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia Bandar Baru Farlim dan Kolej Olympia ini adalah untuk membantu pelajar berketurunan India yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

Pengerusi Komuniti 1Malaysia Pangsapuri Pelangi, K. Muniandy, dalam ucapannya berharap program ini dapat memberi ruang kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi pendidikan mereka.

Dalam pada itu, kehadiran bintang filem Tamil, Srikanth dari India telah memeriahkan lagi suasana program ini.

Srikanth yang membintangi beberapa filem Tamil popular seperti ‘Bose’ ‘Rojakootam’ memuji peranan Komuniti 1Malaysia dalam melaksanakan program pendidikan untuk masyarakat India dan berharap usaha murni seperti ini diteruskan pada masa akan datang.

Rata-rata pelajar yang ditemui Malaysia Aktif berasa teruja dengan kehadiran dan kata-kata semangat yang diberikan oleh Srikanth.

– AH

Tinggalkan komen anda