Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Siri Jelajah ‘Go Halal Go Domestic’ Merakyatkan Pelancongan

By 23 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh : Mohd. Anuar Ibrahim dan Zaharah Ismail (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Dalam usaha ‘Merakyatkan Pelancongan’, Pertubuhan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) berganding bahu dengan Halal Retail Asia untuk menganjurkan  siri jelajah ‘Go Halal Go Domestic’ yang akan bergerak ke 26 lokasi  seluruh Malaysia.

Siri jelajah yang bermula di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka mulai  26 Ogos 2016 sehingga 31 Ogos 2016 ini bertujuan untuk mempromosikan produk pelancongan tempatan di samping memperkenalkan konsep pelancongan halal yang boleh memanfaatkan komuniti tempatan.

WhatsApp Image 2016-08-23 at 14.58.18

“Industri pelancongan bukan hanya untuk golongan tertentu seperti agensi pelancongan atau perhotelan sahaja, malah meliputi seluruh kawasan yang dilawati pelancong”, jelas Presiden MITA, Uzaidi Udanis semasa sesi sidang media di Warong Café, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Jalan Ampang di sini, hari ini.

Tambah beliau, “Dengan adanya program Homestay semasa siri jelajah ini, dari peniaga di gerai tepi jalan sehinggalah gedung membeli belah besar turut mendapat percikan nikmat dari sektor pelancongan.”

“Setiap warga Malaysia perlu memahami konsep ‘Pelancongan Dekat di Hatiku’, di samping memberikan khidmat yang baik dan jujur kepada pelancong,” kata beliau di akhir sidang media tersebut.

WhatsApp Image 2016-08-23 at 14.58.33

Di samping produk pelancongan, pihak MITA akan mempromosikan produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Halal di Karnival ‘Go Halal Go Domestic’ untuk pasaran pelancongan dari seluruh dunia. Produk seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Tilam Getah dijangka akan mendapat sambutan yang baik.

-DK

Tinggalkan komen anda