Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Paralimpiad – Regu Sarawak Juara Ping Pong Kelas 9-10

By 9 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharruddin  Mohamad/Jurufoto: Mohammad Razali Ihi (Sarawak)

KUCHING, 9 Ogos (Malaysiaaktif) –  Beregu Sarawak, Ting Ing Hock, 51 dan Kiu Chong Kuong, 54 berjaya meraih emas dalam sukan Ping Pong bagi kelas 9-10 beregu lelaki Sukan Paralimpiad 2016.

Menurut Ting yang berasal dari Kuching, dia mengalami cacat kaki kerana kemalangan bertembung sesama kereta pada 1998.

Tambahnya, dia bukan sahaja terlibat sebagai peserta malah turut menjadi jurulatih ping-pong bagi Paralimpiad 2016.

Sementara itu, pasangannya iaitu Kiu Chong Kuong pula berasal dari Sibu dan bekerja di Agensi Pelancongan di Bandar Sibu.

DSC_4610

 

“Atas kemenangan ini, saya berasa gembira sekali kerana dapat memungut pingat emas untuk Sarawak. Saya selalu berlatih tiap-tiap hari selepas balik bekerja dengan jurulatih Anthony Jong di Sibu di Persatuan Ping Pong Sibu,” ujar Kiu yang terlibat dalam kemalangan motosikal sebanyak dua kali dan terkena di kaki yang sama.

Tambahnya, jika saya masih dipilih untuk mewakili Sarawak dalam Sukan Paralimpiad akan datang, kami berdua akan berusaha untuk berlatih lebih baik lagi untuk mengekalkan kejuaraan kami.

Dalam kategori tersebut pingat perak dimenangi oleh Ahmad Syahir dan Hong Chin Sing dari Perak sementara pingat gangsa milik Melaka, Daud Yatim dengan pasangannya Mohd Razak Hamzah dan Sim Kien Boon dan Wong Yen Loy dari Kuala Lumpur.

 

-SF

Tinggalkan komen anda