
Oleh: Muniyamma a/p Marapen & Kinsley (Sabah)
KOTA KINABALU, 9 Ogos (Malaysiaktif) – Umpama Mi Maggi cepat dimasak, sedap dimakan, siapa sangka setelah menyertai MAGGI Peraduan Masak dan Menang Kaamatan 2016 anjuran Nestle Products Sdn Bhd, suri rumah, Lim Shuang Pwu, 36, dari Tenom berjaya membawa pulang kereta Nissan Xtrail bernilai RM 140 ribu, pada Sabtu.
Menurut Shung Pwu, dia membeli dan mengumpulkan pek – pek Maggi kemudian menghantar 10 penyertaan. Seperti tuah ayam, dia diumumkan sebagai pemenang menerusi cabutan dan menjuarai pertandingan akhir menewaskan lima finalis di peringkat negeri.
“Mengikut perancangan awal, saya dan suami berlepas ke Tawau pagi ini untuk membawa anak kami yang menyertai Pertandingan Akhir Nyanyian Antabangsa Borneo.
“Tetapi, saya terpaksa batalkan tiket penerbangan pada saat akhir setelah menerima panggilan daripada Nestle yang memmaklumkan saya terpilih sebagai salah seorang peserta pusingan akhir pertandingan itu.
“Hadiah yang paling istimewa ini saya tujukan khas buat anak tunggal yang berumur lapan tahun.
“Saya rasa amat bersyukur dan pengorbanan saya dibalas oleh tuhan. Dengan kereta baharu ini, saya boleh membawa anak saya dari Tenom ke Kota Kinabalu setiap minggu bagi menghadiri kelas muzik,” jelas Shuang Pwu kepada media selepas menerima kunci kereta Nissan Xtrail di salah sebuah pasar raya terkemuka.
Tempat kedua pula, dimenangi Cindy Juliun dan Abd Razak Jabarhan yang membawa pulang barangan elektrik bernilai RM5,000 manakala, Saleha Amming, Ramlee Amin dan Edward John Buyai yang menerima peralatan dapur bernilai RM2,000.
Pada majlis itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid hadir menyampaikan hadiah-hadiah kepada semua pemenang.
SF