Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganuViral

Tanggungjawab Pengurusan Bencana Tanggungjawab Bersama

By 15 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Puteri Mastasyhia Zuleha / Nik Awang Yaacob  (Setiu)

SETIU, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Tanggungjawab pengurusan bencana seperti banjir adalah keperluan semua pihak di setiap tempat tanpa mengira latar belakang kerajaan mahupun fahaman politik.

Ahli Parlimen Kawasan Setiu, Terengganu Che Mohd. Zulkifli Jusoh berucap demikian semasa merasmikan Pelancaran Kampung Angkat Bulan Sabit Merah Malaysia di Kampung Padang, di sini.

Aktiviti kemahiran seperti pertolongan cemas dan CPR memberi kesedaran kepada masyarakat

Aktiviti kemahiran seperti pertolongan cemas dan CPR memberi kesedaran kepada masyarakat

Semua pihak amnya pihak berkuasa tempatan mahupun agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan perkara-perkara berhubung kait dengan kebajikan dan keselamatan umum harus peka dan aktif mendidik masyarakat bertindak dengan betul apabila berdepan dengan situasi bencana alam.

“Masyarakat seharusnya sentiasa berwaspada dan selalu merujuk kepada arahan semasa terkini dalam mendapatkan maklumat yang sahih melalui rangkaian media sosial yang berdaftar dengan pihak kerajaan, ujarnya.

Program ini yang kali kedua dilancarkan di Terengganu dalam tahun ini melibatkan lebih kurang 400 sukarelawan termasuk penduduk kampung, murid-murid sekolah dan ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Menurut Timbalan Pengerusi Kebangsaan BSMM Datuk Wira Dr. Haji Bahari Abu Mansor, Program ini bertujuan membantu penduduk kampung dalam pembangunan kapasiti warga kampung untuk menangani masalah banjir.

“BSMM komited dalam melaksanakan program untuk jangkamasa dua tahun dengan menumpukan kepada aktiviti mengurangkan risiko bencana (Disaster Risk Reduction) seperti sistem rawatan air dan sanitasi, susulan pemeriksaan kesihatan penduduk kampung dan juga promosi kesedaran kesihatan yang lebih intensif, ujar beliau lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang DiPertua Majlis Daerah Setiu Rosdi Awang, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu Kipayatu Allah Bin Dato’ Mohd Said, ahli lembaga Eksekutif Kebangsaan BSMM Dato’ Hj. Wan Ali b. Wan Ahmad, serta ahli-ahli BBSM.

-SH

Tinggalkan komen anda