Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Tawfiq – Persamaan Dalam Perbezaan

By 5 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

TAWAU, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata perpaduan merupakan isu penting  yang perlu ditangani setiap hari oleh segenap lapisan masyarakat dan khususnya pentadbiran negara

Tawfiq berkata, Persekutuan Malaysia telah memasuki tahun ke-53 pembentukkannya dan juga genap 59 tahun negara merdeka.Dalam tempoh ini, pelbagai rintangan telah dilalui Malaysia untuk berada pada kedudukan selesa hari ini.

Tawfiq melepaskan peserta Kembara Super Bikers di Wisma Persekutuan Tawau

Jalin hubungan harmoni dalam masyarakat – Tawfiq 

“Pada tahun ini, kita masih mengekalkan tema sehati sejiwa sebagai tema Hari Kebangsaan sesuai dengan persamaan dalam perbezaan yang kita miliki,” katanya kepada pemberita sebelum melepaskan peserta Kembara Super Bikers di sini, hari ini.

Tawfiq juga menjelaskan program ini merupakan satu platform dalam menjalinkan hubungan harmoni dan kerjasama dalam kalangan rakyat.

“Setiap lapisan masyarakat haruslah menerapkan pada setiap jiwa mereka dengan nilai semangat cintakan Negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan berlangsung,” katanya.

Sementara itu, Tawfiq menasihatkan sebagai generasi awal pasca merdeka untuk membantu memberikan kesedaran akan pentingnya mengekalkan kemerdekaan yang dinikmati ketika ini.

“Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan kesedaran melalui Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang ini yang secra tidak langsung boleh meningkatkan lagi semangat patriotism di kalangan golongan muda kita,” ujarnya.

Kembara Super Bikers diadakan sempena Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar jalur Gemilang 2016 Daerah Tawau.

Turut hadir Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, dan Timbalan Ketua Pengarah Penerangan (Pengurusan), Datuk Almain Ajirul.

 

-SH

Tinggalkan komen anda