Skip to main content
Berita TempatanSabah

Serai Wangi, Bunga Lonceng Mampu Kekang Aedes

By 24 September 2016November 25th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohammad Abd Rahman (Sabah)

PAPAR, 24 Sept (Malaysiaktif) – Inovasi Tanaman Serai Wangi dan Bunga Lonceng mampu mengekang kehadiran nyamuk Aedes.

Menurut Pengerusi ‘Communication For Behaviourial Impact’ (COMBI) Lebak, Maziah A.Sipanil, kedua-dua tumbuhan tersebut mempunyai keupayaan secara habitat semula jadi yang mampu mengekang kehadiran nyamuk Aedes vektor kepada pembawa wabak denggi.

“Serai Wangi selain memiliki bau yang harum dan segar, setiap bahagian seperti daun, batang, akar dan bunganya berpotensi dijadikan ubat dan berupaya menjadi penghalau serangga atau nyamuk.

image
“Begitu juga dengan manfaat menanam bunga lonceng yang juga memiliki sifat semula jadi untuk digunakan sebagai ubat dan sering dijadikan penghasilan ramuan kesihatan serta hiasan.

Tambahnya, kelebihan pada keduadua tumbuhan berkenaan akan dijadikan projek tanaman untuk dipasarkan bagi manfaat komuniti di kampung Lebak. Ini membolehkan hasil tanaman ini boleh menjadi sumber pendapatan tambahan bukan sahaja kepada Jawatankuasa COMBI Lebak malah kepada penduduk kampung khususnya.

“Projek penanaman ini merupakan suatu inovasi yang ingin diangkat oleh jawatankuasa pada Hari Karnival COMBI bagi kategori Pertandingan Inovasi dan Pameran peringkat Kebangsaan di Johor pada Sabtu ini”, ujarnya.

“Bagi merealisasikan projek ini, Jawatankuasa telah bertungkus-lumus melaksanakan aktiviti perangi wabak denggi dengan bergotong-royong membersihkan persekitaran kampung bagi penanaman kedua-dua tumbuhan berkenaan di pesisir blok kediaman”, jelasnya.

Maziah berharap tanggungjawab ini merupakan suatu amanah yang harus dipikul bersama Jawatankuasa dalam memastikan Projek Inovasi penanaman Serai Wangi dan Bunga Lonceng ini terus mencipta lebih banyak kejayaan lagi.

image
Terdahulu, Jawatankuasa COMBI Lebak telah dianugerahkan sebagai Naib Juara Pertandingan Inovasi dan Pameran pada Karnival COMBI Peringkat Negeri Sabah pada 24 Julai lalu yang diadakan di Daerah Tawau.

COMBI atau ‘Communication For Behaviourial Impact’ merupakan satu program yang diasaskan oleh World Health Organization (WHO) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merupakan satu pendekatan menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi mempengaruhi perubahan tingkah laku kalangan individu, keluarga dan komuniti ke arah suatu tingkah laku sihat.

Majlis penghargaan tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Parlimen Papar, Sidek Kolo, Pengerusi COMBI Perumahan Taman Pantai Lokawi, Nagapas dan Kampung Minansar, Pengerusi JKDB dan Kapitan Cina serta Ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Penolong Pegawai daerah (Pembangunan), William Ahlan mewakili Pengerusi COMBI Daerah Papar berasa bangga atas kejayaan ini menyifatkan sebagai satu kejayaan bersama.

“Ini juga ialah kejayaan enam buah COMBI di daerah ini dan kita turut berharap COMBI Keningau dan Kota Marudu yang mendapat Johan serta tempat ketiga yang turut ke Pertandingan di peringkat Kebangsaan nanti akan juga memperoleh kejayaan,” katanya di Majlis Penghargaan atas kejayaan tersebut di Bilik Mesyuarat Pejabat Urus Setia Daerah Papar pada khamis.

-SF

Tinggalkan komen anda