Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Pengisahan Kenegaraan: Jikey Berjaya Tarik Perhatian Penonton

By 26 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 26 Sept (Malaysiaaktif) – Pengisahan tokoh kenegaraan yang dipersembahkan melalui teater tradisional Jikey, berjaya menarik perhatian penonton khususnya juri, membuatkan negeri Perlis berjaya dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan tersebut yang berlangsung semalam.

Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) ini disertai lebih 15 kumpulan di seluruh negara dan hanya lima kumpulan yang berjaya untuk bertanding pada peringkat akhir di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka.

hafiz-itam-johan

Bunga Emas ketika dinobatkan sebagai juara pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2016. / Foto: Hafiz Itam

 

Tiga anak muda yang menganggotai kumpulan Bunga Emas iaitu Mohd Rahmat Saidin, 32; Azam Muhammad Kasim, 29; dan Nor Hayati Jamil, 29, membawa pulang RM6,000 berserta Piala Pusingan Setia Budi, piala iringan dan juga sijil penyertaan.

Persediaan dan latihan yang dibuat hanya seminggu itu menampilkan Bapa Perpaduan, Tun Hussein Onn, sebagai sumber inspirasi dan menampilkan mesej mengandungi nasihat untuk anak-anak muda yang yang semakin kurang semangat perpaduan.

6

“Kita cuba tonjolkan perpaduan itu dalam konsep teater tradisional, juga sebagai serampang dua mata. Di samping membuat pengisahan mengenai Tun Hussein Onn, kami juga nak memperkenal teater tradisonal Jikey kepada orang ramai,” ujar Mohd Rahmat yang juga merupakan bekas peserta Raja Lawak musim satu.

1

Menurutnya, Jikey merupakan teater tradisional negeri Perlis, serupa seperti Makyong dan Mulong. Mereka membawa watak Peran sebagai pengasuh tuan puteri dan berkonsep santai supaya penonton tidak jemu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata program tersebut merupakan usaha JaPen dalam pemasaran maklumat kepada rakyat secara lebih santai dan berbentuk hiburan.

hafiz-itam-kp-speech

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman. / Foto: Hafiz Itam

 

“Dalam konteks kajian yang telah dibuat oleh para peserta terhadap tokoh-tokoh yang mereka pilih berdasarkan kepada garis panduan yang telah diketengahkan, mereka telah berjaya mencungkil banyak fakta yang tidak diketahui umum,” katanya kepada pemberita di akhir pertandingan.

10

Tambah Ibrahim, terdapat cadangan untuk mengumpulkan kesemua juara pertandingan pengisahan semenjak mula dilaksanakan pada tahun 2003 dalam sebuah Festival Pengisahan berikutan tahun hadapan sangat istimewa kerana Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-60.

Naib Johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Selangor dan Pahang dengan masing-masing membawa pulang RM5,000 dan RM4,000 bersama piala iringan dan sijil penyertaan.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda