Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanViral

Desak Serah Air Kelantan Kepada Pusat

By 7 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 7 Sept (Malaysiaaktif) – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) bertindak mengadakan demontrasi di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan semalam mendesak kerajaan negeri menyerahkan pengurusan air kepada kerajaan pusat bagi menyelesaikan masalah yang tidak pernah selesai ini.

Ini adalah pendirian gabungan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili penduduk negeri ini berhubung masa depan perkhidmatan bekalan air bersih terawat yang kini masih tiada jalan penyelesaiannya.

Restorasi menuntut pengurusan perkhidmatan bekalan air yang lebih baik

Restorasi menuntut pengurusan perkhidmatan bekalan air yang lebih baik

 

Sebanyak 30 buah pertubuhan bukan kerajaan bergabung di bawah Gabungan Bertindak Restorasi Air Kelantan (Restorasi) telah menyerahkan memorandum berkenaan kepada Menteri Besar melalui Setiausaha Politiknya kerana kegagalan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menangani masalah air bersih di negeri ini.

Menurut Yang DiPertua Majlis Belia Kelantan (MBK), Mohd Shahbudin Hasyim, pihaknya mengalu-alukan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air bagi memberi laluan kepada syarikat dibawah Kementerian Kewangan mengambil bahagian dalam perkhidmatan air kelantan.

“Restorasi menuntut kerajaan menyerahkan kepada kerajaan pusat dalam menguruskan perkhidmatan bekalan air di Kelantan supaya membawa perubahan dalam liputan dan mutu bekalan air bersih terawat kepada penduduk Kelantan,”  jelasnya kepada Malaysiaaktif.

Tambahnya lagi, sekiranya pengurusan air kekal, rakyat negeri ini tetap merana dengan masalah air berkarat. Beliau turut berharap perkara ini dipersetujui oleh kerajaan negeri.

“Amat berharap agar restorasi ini tidak disia-siakan demi kepentingan rakyat dan penambahbaikan AKSB,” ujarnya lagi.

Seramai lebih 200 daripada 30 NGO berhimpun di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menyerahkan memorandum tersebut.

 

-SH

Tinggalkan komen anda