Skip to main content
Berita TempatanSabah

Ibu Bapa, Guru Pendorong Jiwa Cinta

By 8 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: ?Petrick Benedict Chiam & Edi Rizam Kassim (Sabah)

PENAMPANG, 8 Sept (Malaysiaktif) – Ibu bapa dan guru merupakan pendorong utama kepada penghayatan serta semangat cinta negara yang perlu disemai seawal usia kanak-kanak lagi, bak kata pepatah Melayu “melentur buluh biar dari rebungnya”.

Pengorbanan ibu bapa dan guru Tabika KEMAS Kampung Limbanak, Penampang yang bertungkus-lumus menghasilkan taman tema “Sehati Sejiwa” di Tabika berkenaan menjadi ikutan serta suntikan semangat cinta negara dalam kalangan kanak-kanak di tabika berkenaan.

image
Ibu, Rosie Thomas bangga terhadap kerjasama dan semangat yang ditunjukkan semua ibu bapa, guru dan pelajar yang mencerminkan semangat Sehati Sejiwa dalam kalangan mereka.

“Semangat ini berjaya melahirkan jiwa patriotik anak-anak apabila timbul keinginan anak untuk datang awal ke sekolah kerana ingin bersama rakan-rakan menyambut kemerdekaan,” katanya.

Tambahnya, hasil semangat anak-anak bersama ibu bapa dan guru, kami berjaya menyiapkan landskap ini di sekitar bangunan tabika tersebut dalam masa seminggu dan ini tidak mudah untuk dicapai tanpa penglibatan semua.

image

Sementara itu, Pegawai KEMAS Daerah Penampang Lendiana Chia berkata kekurangan sumber untuk membeli Jalur Gemilang dan kesuntukan masa merupakan cabaran terbesar dalam menyiapkan landskap ini.

“Melihat kepada gelagat kanak-kanak yang bersemangat menyebabkan kami terus berusaha sedaya upaya menghias menggunakan bahan mudah diperoleh seperti buluh sebagai bahan utama dalam setiap gubahan yang dihasilkan terutamanya Arca Menara Berkembar Petronas setinggi 10 kaki dan logo tema hari kebangsaan pada tahun ini #Sehati Sejiwa.

image
“Terima kasih kepada AJK Kemas dan ibu bapa yang menyumbangkan ‘Jalur Gemilang’ dan tenaga menjayakan projek ini.

Projek ini turut menyertai Pertandingan Keceriaan peringkat Sabah sempena sambutan Hari Kebangsaan bagi kategori bangunan kerajaan mewakili Bahagian Barat Selatan.

Pelbagai aktiviti dilakukan oleh kanak-kanak di Tabika berkenaan antaranya mewarna Jalur Gemilang sepanjang 10 meter, mengecat Jalur Gemilang menggunakan tapak tangan, menjahit baju berasaskan Jalur Gemilang dan juga menghias kelas dengan hasil tangan para pelajar tabika.

SF

Tinggalkan komen anda