Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Kitar Semula Tin Susu, Hiasan Kulit Telur Inspirasi Kebanggaan

By 16 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 16 Sept (Malaaysiaaktif) – Deria kedamaian terserlah apabila menjejakan kaki ke perkarangan rumah keluarga Mohammad Muzzamman Othamn, 27, di Kampung Bukit Bulat, Alor Gajah, kerana persekitaran yang bersih dan nyaman.

Keadaan sedemikian adalah cetusan minat menghias rumah yang diterapkan sejak kecil hasil didikan ibu yang sangat menjaga kebersihan dan kekemasan rumah.

“Saya minat menghias bendera sebab itu adalah lambang kebanggaan negara kita,  tambahan pula saya suka melihat keadaan bendera yang gah berkibar apabila ditiup angin,”ujar Muzzamman.

ce7146df-359e-4abd-82c2-cc318ebae95d

Beliau yang tinggal bersama ibu dan tiga orang adiknya pernah menyertai pertandingan Laman Menawan Laman Inspirasi kategori rumah kampung anjuran unit Kerajaan Tempatan, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan dinobatkan sebagai johan pada tahun lepas.

Tahun ini, beliau membelanjakan lebih RM1,000 untuk menghiaskan rumahnya bagi tujuan mewakili negeri dalam kategori individu Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan.

685f382a-a3ef-4ce2-b362-e5acd6126ffa

“Alhamdulillah keluarga semuanya memberi sokongan padu dan banyak membantu, tambahan lagi mereka seronok melihat keadaan dan suasana yang meriah dengan jalur gemilang berkibar di sana sini”, katanya.

Tinjauan Malaysiaaktif ke rumahnya mendapati beliau membuat perhiasan menggunakan bahan-bahan terbuang yang dikitar semula bagi tujuan itu, seperti tin susu dan kulit telur.

“Antara barang paling beharga adalah tanglung mini yang saya buat menggunakan tin susu sebanyak 59 buah sebagai tanda simbolik ulangtahun kemerdekaan kita,” ujar Muzzamman.

Tin susu dikumpulkan sejak awal tahun dan ada juga yang diperoleh daripada kedai makan di sekitar tempat tinggalnya, manakala bendera pula kebanyakannya menggunakan bendera yang telah dibeli pada tahun-tahun lepas dan masih boleh digunakan.

0ca23740-de2e-4b96-8c7c-2a5fdfa4a929

“Kulit telur tu memang saya guna pakai untuk hiasan pada pokok-pokok bunga untuk pertandingan ini dan saya memikirkan cara berbeza sedikit disebabkan permarkahan diambil kira dari aspek kreativiti dan penggunaan bahan terpakai,” ujarnya.

Muzzamman turut mengimbas pengalaman beliau ketika hujan lebat merosakkan perhiasan bendera yang dipasang di halaman rumah.

“Ada satu hari tu, hujan lebat sangat pada waktu malam, bila pagi saya tengok bendera banyak yang senget dan ada yang jatuh sehingga banyak perlu diperbetulkan semula kedudukannya”.

“Mana yang jatuh di tanah perlu dibasuh supaya nampak bersih dan saya gosok semula sebelum dipasang balik,” katanya.

Menurut Muzzamman, penduduk kampung suka melihat dan turut merakamkan gambar di rumahnya kerana tahun ini suasana sangat berlainan serta pemasangan bendera lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda