Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Hari Malaysia: 13 Bayi Lahir Di Hospital Melaka

By 16 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
Laporan oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 16 Sept (Malaysiaaktif) – Seramai 13 bayi dilahirkan di Hospital Melaka sehingga pukul 7.00 pagi pada Hari Malaysia hari ini.

Mereka terdiri daripada sembilan bayi perempuan dan empat bayi lelaki.

Bagi Mastura Ramli, 35, kelahiran anak keduanya itu dianggap istimewa kerana tidak menyangka akan lahir pada Hari Malaysia.

“Anak saya dijangka akan lahir pada 12 September, bila dah lewat saya risau juga, rupanya dia nak lahir pada hari istimewa ni, saya dan keluarga memang rasa sangat  gembira,”ujar Mastura yang berasal dari Bertam Setia di sini.

638c2834-9b49-442f-b1c6-c43f6c8c85f4

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ghazali Othman ketika membuat lawatan.

 

Menurutnya, walaupun anaknya lahir lewat pada 12.50 pagi tadi, namun beliau bersyukur bayi itu sihat dan berharap akan menjadi seorang anak yang baik dan sayangkan negara.

Sementara itu, seorang ibu muda dari Ujung Pasir pula, teruja menyambut kelahiran bayi sulungnya malah, kelahiran yang pertama kira-kira pukul 12.30 pagi tadi.

Bagi, Wong Chiew Ling, 27, bayi lelaki pertamanya itu dijangka lahir Selasa lalu, dan air ketubannya sudah mulai kurang menyebabkan doktor terpaksa memberi ubat untuk menyegerakan kelahiran.

“Saya masuk ke sini pada Rabu lalu kerana sudah terlebih tarikh jangkaan. Tapi bagaimanapun saya bersyukur semuanya selamat.

“Saya harap anak lelaki ini dapat menyumbangkan sesuatu untuk negara apabila di besar nanti, sesuai dengan tarikh bersejarah untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Kesemua bayi menerima lawatan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ghazali Othman bersama beberapa pegawai hospital berkenaan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata tiada kes jangkitan virus zika yang disyaki berlaku di Melaka setakat ini dan beliau berharap agar masyarakat terus menjaga kebersihan persekitaran, terutama pembasmian tempat pembiakan nyamuk.

“Kita sentiasa buat pemeriksaan secara tetap samada wujudnya kes zika atau tidak kerana itu memang tugas kita, yang perlu ditegaskan kita tak larat untuk ke semua tempat, dan ia juga merupakan tanggungjawab mereka,” katanya.

 

-AAS
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda