Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Kuih Sepit Kg. Judan Popular di Sarawak

By 20 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 20 Sept (Malaysiaaktif)-Kuih sepit merupakan kuih tradisional yang popular di Kampung Judan, Mukah dan menjadi pilihan bukan sahaja masyarakat setempat malah penduduk luar kerana kelainan resipinya sejak turun-temurun.

“Resipinya dicampur dengan lengak (sejenis bahan untuk dibuat roti dan kuih) yang membuatkan rasanya lebih sedap berbanding kuih sepit yang lain. Keunikan resipinya menjadikannya pilihan utama bukan sahaja buat penggemar kuih sepit di kawasan sekitar Judan malah mendapat tempahan daripada penduduk bandar lain.”

Pengusaha kuih sepit yang berasal dari Kampung Judan, Hajah Jamayah Uran, 56, berkata demikian ketika ditemui oleh Malaysiaaktif di rumah pengusaha kuih sepit Kampung Judan, pada Ahad.

Kuih sepit yang sudah siap akan dimasukkan ke dalam tin biskut Jacobs dengan harga serendah RM30

Kuih sepit yang sudah siap akan dimasukkan ke dalam tin biskut Jacobs dengan harga serendah RM30

“Dengan harga serendah RM30 sehingga RM90, setiap kali menjelang apa-apa perayaan tempahan daripada pembeli sungguh menggalakkan sehingga adakalanya saya terpaksa menolak.

“Projek kuih kapit ini bermula pada 1992 dengan bermodalkan hanya RM300. Pada mulanya semua operasi dilakukan di rumah. “Dalam sehari, sebanyak 150 tin biskut Jacob dapat dihasilkan bersama enam orang pekerja,” jelas Jamayah yang berpengalaman membuat kuih sepit yang telah dipelajari daripada ibunya.

Tambahnya, setelah pihak kerajaan mengetahui projek tersebut maka Jabatan Pertanian tampil memberi bantuan untuk membuat bangunan dan menyerahkan alat-alat memproses kuih sepit.

“Pada masa yang sama juga saya turut menghadiri kursus memproses kuih sepit yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak. SIRIM juga tidak ketinggalan dalam membantu memberi alat mesin pemotong sepit,” ujar Pengerusi projek tersebut lagi.

Hajah Jamayah Uran memnyatakan resipi ini dipelajari daripada ibunya.

Hajah Jamayah Uran memnyatakan resipi ini dipelajari daripada ibunya.

Sementara itu, seorang pembeli dan penggemar kuih sepit, Nur Alfahlyziana Mohd Baharruddin, 19, kuih sepit ini sangat sedap dan rangup untuk dimakan tambah lagi perasanya memang enak.

“Selalunya saya beli sebagai buah tangan kepada kawan-kawan dan saudara mara yang datang dari jauh ada juga yang saya beli untuk dimakan sendiri. Biasanya saya beli dengan harga RM30 setin,” ujar pelajar Giat Mara ini.

Sehingga kini, kuih sepit Judan telah dipasarkan sehingga ke Brunei, Miri, Sibu, Kuching, Bintulu dan Semenanjung.

-SF

Tinggalkan komen anda