Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahViral

Langkawi Destinasi Terakhir Merdeka Fun Ride 2016 Kayuhan Patriotik

By 24 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh : Mohd Nazri Bin Saparudin
LANGKAWI, 24 Sept (Malaysiaaktif) – Langkawi menjadi lokasi terakhir daripada 14 lokasi di seluruh negara hari ini bagi Program Kayuhan Patriotik ‘Merdeka Fun Ride 2016. Acara ini telah dimulakan di lokasi pertamanya di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada 18 Ogos lalu.

Seramai 400 orang peserta yang mewakili pelbagai kaum dan peringkat umur telah menyertai program ini. Acara dibahagikan kepada dua kategori iaitu VIP dan awam.

Acara pelepasan kayuhan patriotik yang membabitkan jarak 20 kilometer telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli di perkarangan Pejabat Daerah Langkawi (PDL).

Majlis yang bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari diserikan dengan senamrobik, pemeriksaan kesihatan, program menderma darah serta cabutan bertuah.

whatsapp-image-2016-09-24-at-16-39-40

Seorang peserta, Mohd Ikwan bin Mohd Saad, berkata program seumpama ini amat berfaedah kerana disamping dapat mengeratkan silaturahim , peserta dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri serta mendapat pengalaman yang indah dengan menyertai program yang diadakan pada hari ini.

Pengerusi Kelab Gerek Taman Wawasan Indah (TWI), berkata Acara ini dapat mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat disamping merasa bersyukur kerana dapat menjalankan aktiviti kayuhan merdeka di negara yang aman dan makmur” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Norsaidi Nanyan pula berkata program anjuran Biro Tatanegara (BTN) dengan kerjasama Pejabat Daerah Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Kelab Gerek Taman Wawasan Indah (TWI) seumpama ini amat baik dan perlu diteruskan lagi pada masa hadapan kerana mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat, lapisan umur dan pelbagai kaum dimana aspek perpaduan dan penghayatan kemerdekaan dapat diserap terutama generasi muda dan masyarakat di Daerah Langkawi.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda