Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

MOSTI Minta Penerima Geran Tampil Diri

By 6 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Fauzrina Hj Bulka / grafik SBDC

MELAKA, 6 Sept (Malaysiaaktif) –  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi tumpuan khusus kepada Tahun Pengkomersialan MOSTI (MYC) berikutan satu pameran pengurusan produk akan diadakan secara besar-besaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada November nanti.

Timbalan Menterinya, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah berkata produk-produk inovasi kesemua kementerian di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) akan dikumpulkan dalam pameran tersebut dengan sasaran sebanyak 150 produk yang telah dikomersialkan.

8ab5ad2b-24c9-4118-9988-96adf117e368

Datuk Abu Bakar Mohamad Diah.

 

“MOSTI telah membelanjakan dana yang banyak pada RMK-9 (Rancangan Malaysia Kesembilan) iaitu sebanyak RM2.8 billion, dan RM1.2 billion dalam RMK-10, manakala tahun ini pula sebanyak RM3.7 juta supaya penerima geran dapat menghasilkan produk,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Melaka Tengah di Wisma Negeri, Ayer Keroh semalam.

Tambah Abu Bakar, kerajaan bercadang agar sebanyak 360 produk dapat dihasilkan menjelang tahun 2020, dan Perdana Menteri juga inginkan produk yang berimpak tinggi dikeluarkan dan di waktu yang sama memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Ini sebenarnya salah satu kaedah untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi. Kalau kita terkenal dengan produk bio-teknologi, mengapa tidak dikomersialkan dan dikenali di seluruh dunia?

“Sebab itu kita gunakan pendekatan dengan meminta pegawai-pegawai kita untuk menghubungi semua 46,000 penerima geran daripada RMK-9 untuk tunjukkan produk yang dihasilkan dan kita akan lihat kebolehpasaran produk tersebut,” katanya.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda