Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat: 4 Kampung Terjejas

By 28 September 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh : Mohamad Zairin Bin Mohamad Zin (Shah Alam)

SHAH ALAM, 28 Sept (Malaysiaaktif) – “Seramai 300 keluarga dan empat perkampungan India iaitu Kampung Mariamman, Kampung Dato Sellathevan, Kampung Tangavelu, dan Kampung Mohan yang terletak di dalam kawasan Kampung Jawa, Klang bakal lenyap dengan jumlah lebih dari 1,000 penduduk bakal kehilangan tempat tinggal sekiranya projek tersebut dilaksanakan”.

Demikian tegas Presiden Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan, Selventhiran Muniandy dalam Sidang Media Sesi Penyerahan Memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Selangor bertempat di pintu masuk utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Shah Alam , semalam.

“Kami sedia berpindah sekiranya diberikan tanah gantian di tempat yang lebih sesuai”, ujar beliau.

Tambahnya, “Mengikut Akta Kerajaan Negeri, sekiranya penduduk memiliki tanah persendirian selama lebih dari 30 tahun maka adalah wajar bagi kerajaan negeri memberi bidang tanah gantian sebagai pampasan kepada penduduk yang kehilangan tanah sedia ada”.

Menurut Yogeswary, anak jati Kampung Jawa, “Kami amat tidak berpuas hati kerana mereka menutup pintu utama apabila kami hendak masuk. Mereka perlu beri respon positif dan kami akan ada cara alternatif untuk menyelesaikan isu ini”.

Yogeswary, anak jati Kampung Jawa

Yogeswary, anak jati Kampung Jawa

“MB Selangor telah memalukan kami dengan cara begini. Walaupun temujanji dan surat telah dikemukakan sebelum ini tetapi tiada maklumbalas daripada pejabat MB mahupun MB sendiri. Isu-isu seperti ini yang tidak diambil perhatian membuatkan kami tidak berpuas hati”, tegas Saravanan, penduduk yang terlibat di situ.

Saravanan, penduduk yang terlibat

Saravanan, penduduk yang terlibat

Penyerahan memorandum ini diketuai oleh Selventhiran dan penduduk di empat perkampungan yang terlibat tersebut. Keadaan menjadi sedikit tegang apabila mereka tidak diberi masuk ke dalam kawasan Pejabat Datuk Menteri Besar untuk berjumpa sendiri dengan beliau bagi menyerahkan memorandum tersebut. Lebih menimbulkan kemarahan mereka adalah apabila pagar utama ditutup. Ketika itu, wakil dari Pejabat Datuk Menteri Besar telah hadir memberi penerangan kepada wakil penduduk, Selventhiran dan juga para penduduk serta tuan tanah yang hadir.

Selventhiran Muniandy, Presiden Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan.

Selventhiran Muniandy, Presiden Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan.

“Surat permohonan telah dihantar ke Pejabat Datuk Menteri Besar pada 23 September 2016 dan cadangan tarikh temujanji terlalu dekat dan jadual Datuk Seri untuk satu dan dua bulan ke hadapan sudah penuh”, kata Ketua Setiausaha Sulit, Mohd Shahrizal Bin Mohd Salleh.

Kata beliau lagi, “Setiap permohonan, surat, isu dan masalah yang dibangkitkan kepada Datuk Seri akan diteliti sendiri oleh beliau dan kemudian akan pertimbangkan tarikh yang sesuai”.

Mohd Shahrizal Bin Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit, Pejabat Datuk Menteri Besar Selangor

Mohd Shahrizal Bin Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit, Pejabat Datuk Menteri Besar Selangor

“Sebagai pemohon, adalah tanggungjawab untuk menelefon bagi mendapatkan atau pengesahan tarikh yang sesuai untuk temujanji dengan Datuk Seri sama ada beliau setuju atau berkelapangan pada tarikh yang dimohon”, tegas beliau lagi.

“Surat ini di peringkat awalnya saya sudah terima dan dalam surat asalnya telah menimbulkan isu-isu yang berbangkit dan saya tegaskan hari ini Menteri Besar ada mesyuarat penuh di luar. Saya datang ke sini untuk menerima memorandum bagi pihak Pejabat Datuk Menteri Besar”, ujar beliau.

Turut hadir memberi sokongan kepada mereka hari ini adalah Ketua Pemuda MIC Selangor, Kajendran Doraisamy dan turut melibatkan lebih 100 orang yang hadir di hadapan pintu masuk utama Bangunan SUK, Shah Alam.

-DK

Tinggalkan komen anda