Skip to main content
Berita TempatanHomePahang

Pesta Tanglung Himpun Pelbagai Kaum Di Jerantut

By 13 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Nur Arinnica Arif (Jerantut)

JERANTUT, 13 Sept (Malaysiaaktif) – Karnival Seni 1Malaysia sempena Pesta Tanglung menyemarakkan dan mengekalkan warisan Seni Budaya negara. Selain itu ia juga menggelorakan perpaduan dan keharmonian kaum.

Seorang pengunjung, Lee Yoke Yen, 49, berkata, salah satu keunikan negara kita ialah setiap perayaan dapat diraikan seluruh kaum. Malah tidak lengkap jika perayaan itu tidak diraikan bersama.

Menurut Yen lagi, karnival ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan di Jerantut.

img-20160910-wa0048

Karnival dua hari di perkarangan Pasaraya Tunas Manja Jerantut yang berakhir hari ini dipenuhi dengan berbagai aktviti dan yang paling menarik ialah persembahan tarian singa, selain persembahan tarian tradisional Melayu, India dan Cina.

Kemuncak acara ialah Pertujukan bunga api dan nyalaan tanglung di sebelah malam. Turut diadakan gerai tang lung daripada pelbagai persatuan tang lung di sini.

img-20160911-wa0017

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Damak, Datuk Lau Lee, karnival ini sengaja diadakan di tapak pasaraya yang juga berhampiran jalan utama bagi menarik seluruh masyarakat Jerantut bersama mengambil bahagian dalam suasana santai dan harmoni.

Bagi Masitah Zainol Abidin, 32, karnival ini memupuk perpaduan kerana menghimpunkan penduduk, selain diceriakan dengan pelbagai warna budaya masyarakat masing-masing..

Dianggarkan lebih 1,000 orang menghadiri program yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Kebajikan Kim Lan Jerantut dan Komuniti 1Malaysia (K1M) ini.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda