Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Bumbung Sekolah Diterbangkan, Ibu Bapa Gusar

By 13 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Ibu bapa pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tengkera 1 dan 2 melahirkan rasa gusar dengan keadaan bumbung sekolah yang telah diterbangkan angin akibat hujan lebat yang berlaku pada 14 September lepas.

Kejadian yang berlaku pada 3.20 pagi itu mengakibatkan kira-kira 10 keping bumbung rosak dan terbang, manakala masih terdapat serpihan bumbung di atas bangunan mengakibatkan Perpustakaan serta Bilik Bimbingan dan Kaunseling bocor dan banjir.

bilik-perpustakaan-banjir

Banjir di perpustakaan sekolah, seorang staff sedang membersihkan kawasan tersebut.

 

Difahamkan, surat aduan telah diserahkan oleh pihak sekolah kepada Jabatan Pendidikan Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah pada Februari, Julai dan September 2016 namun penyelenggaraan bumbung tidak dapat dilakukan akibat kekangan peruntukan.

serpihan-bumbung-yang-diterbang

Serpihan bumbung yang bersepahan di kawasan bangunan sekolah.

 

Menurut surat aduan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Kesidang ketika memohon bantuan penyelenggaraan, pihak sekolah turut menyatakan kekhuatiran sekiranya sistem pendawaian elektrik di bilik-bilik tersebut terjejas dan membahayakan murid-murid sekolah.

surirumah-nazirah-abdullah

Menurut surirumah, Nazirah Abdullah, 28, dia berasa kecewa dengan kelewatan tindakan daripada pihak berwajib untuk menangani masalah tersebut.

“Takkan mereka nak tunggu ada yang terkorban baru nak ambil tindakan? Saya berharap kerosakan tersebut dapat segera dibaiki kerana kita mengutamakan keselamatan anak-anak,” ujarnya.

pegawai-pendidikan-daerah

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah Abdul Halim Abdul Malek berkata, pihaknya sudah mengambil langkah yang sepatutnya dan bumbung sekolah terbabit dijangka dibaik pulih dalam tempoh dua minggu lagi.

Kira-kira 766 orang murid yang bersekolah di kedua-dua sekolah tersebut terdedah kepada bahaya jika tindakan segera tidak diambil.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda